ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Julai 2022.

1. Bekas pemain badminton kebangsaan didakwa menipu lebih RM58,000

Seorang bekas pemain badminton kebangsaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu seorang lelaki berjumlah RM58,029 untuk tujuan pertaruhan dalam talian dan pelaburan tidak wujud, enam tahun lalu. 

2. Jemaah terkandas: 17 laporan polis diterima setakat ini, suspek akan dirakam keterangan - Polis

Sebanyak 17 laporan polis telah dibuat jemaah Haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada penerbangan ke Jeddah, Mekah pada Khamis.

3. Lelaki disyaki bunuh abang, kakak ipar direman seminggu

Seorang lelaki yang disyaki membunuh abang dan kakak iparnya di sebuah rumah di Taman Bercham Aman di sini pagi semalam direman seminggu untuk membantu siasatan kes itu.

4. PRU15: DAP Sarawak tunggu masa sesuai dedah kerjasama blok pembangkang

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen enggan mengulas mengenai status rundingan kerjasama antara parti-parti pembangkang di negeri itu termasuk pembahagian kerusi sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

5. Syed Saddiq mohon maaf muat naik semula hantaran berhubung kredibiliti saksi

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memohon maaf di Mahkamah Tinggi di sini kerana memuat naik semula satu hantaran di laman media sosialnya berhubung perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang sedang dihadapinya.

6. Pas pertimbang guna logo baharu untuk berdepan PRU15

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan isu pengunaan logo dalam pilihan raya umum akan datang masih lagi dalam perbincangan.

7. Subvarian Omicron BA.5 mungkin sudah merebak di Malaysia - Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, sebanyak 13 kes subvarian Omicron dikesan setakat 30 Jun lalu, termasuk lima kes varian Omicron BA.5.

8. Kebakaran: 20 penghuni hilang tempat tinggal menjelang Aidiladha

Kemeriahan membuat persediaan Aidiladha yang akan disambut Ahad ini bertukar hiba buat 20 penduduk di Kampung Panji, di sini selepas kediaman mereka musnah dijilat api pada Jumaat.

9. Jemaah haji terkandas: 'Jutaan maaf, kami sudah cuba sedaya upaya terbangkan jemaah' - Agensi pelancongan

Selepas 12 jam kisah hampir 400 bakal jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis, individu yang juga wakil syarikat agensi pelancongan yang terlibat tampil memohon maaf.

10. Ismail Sabri zahir ucapan takziah, simpati atas pemergian Shinzo Abe

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, yang disahkan meninggal dunia pada Jumaat.