ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

1. PPVN akan beri tumpuan hasilkan pelbagai jenis vaksin

Pusat Penyelidikan Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) akan turut memberi tumpuan menghasilkan pelbagai jenis vaksin penyakit lain selain vaksin COVID-19, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Ahmad Amzad Hashim.

2. Penganalisis semak semula unjuran KDNK 2022 hingga 6.6%, jangka OPR dinaikkan September ini

Firma-firma penyelidikan menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini lebih tinggi berdasarkan prestasi suku kedua yang berkembang 8.9% melebihi daripada jangkaan pasaran.

3. Pusat tahfiz ditutup sementara, pelajar dan guru dibenar pulang

Pusat tahfiz di Jalan Cheneras di sini yang tular di media sosial semalam ekoran lima lelaki memukul seorang pelajar dan seorang guru hingga cedera ditutup sementara waktu.

4. Abang Johari hargai Kerajaan Persekutuan pinda Perlembagaan berhubung MA63

Premier Sarawak menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana melaksanakan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan perkara berkaitan MA63.

5. Perkakasan dalam gudang LCS belum usang, masih boleh diguna 25 tahun lagi - BNS

Segala perkakasan bagi projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM1.7 bilion dalam simpanan gudang Boustead Naval Shipyard (BNS) di sini, tidak usang.

6. "LCS bukan projek halimunan, tidak dibuat dari kayu" - BNS tunjuk bukti kemajuan pembinaan

Itu penegasan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard (BNS), Ir Azhar Jumaat mengenai perkembangan terkini kerja-kerja pembinaan lima buah kapal tempur pesisir (LCS) di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

7. Pertemuan dengan PN telah diadakan: PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Perikatan Nasional (PN), dua minggu lepas.

8. Kerajaan fokus pulihkan projek LCS - Hishammuddin

Kerajaan memberi fokus terhadap pemulihan projek kapal tempur pesisir (LCS) bagi memastikan projek itu kembali ke landasannya seperti yang telah ditetapkan Jemaah Menteri.

9. Tidak wujud unsur gangsterisme dalam kejadian di MRSM Kuantan - PDRM

Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gangsterisme dalam kejadian yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan.

10. Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia - Tengku Zafrul

Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada pandangan dari golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf pandangan mereka sebagai rakan pembangunan startegik negara.