ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Februari 2023.
1. Belanjawan 2023 menjawab beberapa persoalan didepani kerajaan - PM Anwar
Belanjawan 2023 yang dibentangkan selama lebih dua jam di Dewan Rakyat pada Jumaat telah mencakupi serta menjawab beberapa persoalan mustahak yang sedang didepani kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Belanjawan 2023 seimbang, penekanan pada kemampanan fiskal jangka panjang
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, langkah meningkatkan sosio-ekonomi golongan miskin dan berpendapatan rendah, potongan cukai untuk pembayar cukai berpendapatan sederhana, memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menggalakkan pelaburan dan pelancongan adalah ramuan untuk Belanjawan 2023 yang seimbang.
3. Belanjawan 2023 martabatkan MA63, mantap infrastruktur Sabah, Sarawak - Fadillah
Peningkatan peruntukan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2023 berbanding belanjawan tahun lepas membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.
4. "Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun" - Nurul Ilham Anwar
Menyelami isi hati Nurul Ilham, anak keempat kepada pasangan yang cukup dikenali ramai serta berpengaruh di Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
5. Isteri Hafidz Roshdi hubungi Puteri Sarah minta nasihat
Sarah menerusi siaran langsung (live) di TikTok malam tadi memberitahu, Nurul Shuhada memintanya untuk berkongsi cara menangani isu penyondol rumah tangga.
6. Pembekalan kamera badan di peringkat akhir - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah di peringkat akhir untuk memuktamadkan kontraktor yang mengendalikan pemerolehan kamera badan (body cam) untuk agensi penguatkuasaan.
7. Akta Tatakelola berkaitan perolehan, pemberian kontrak akan dikemukakan di Parlimen
Akta Tatakelola akan dikemukakan di sidang Parlimen sebagai garis panduan prosedur perolehan dan pemberian kontrak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
8. PM mahu timbalan menteri fokus laksana perancangan, perubahan untuk rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua timbalan menteri di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinannya memberi fokus kepada pelaksanaan perancangan serta perubahan yang akan memberi manfaat kepada rakyat.
9. "Kekuatan jantung hanya 27 peratus, saya juga diminta bersedia untuk dialisis" - Ebby Yus
Menurut pelakon komedi itu, sekiranya keadaan memaksa, mahu atau tidak dia perlu menjalani rawatan dialisis berikutan penyakit buah pinggang yang dialaminya.
10. Malaysia kutuk serangan tentera Israel di Nablus
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel di Nablus pada Rabu yang membunuh sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 100 yang lain.
Astro Awani
Sat Feb 25 2023
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Februari 2023.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Jun 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mac 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Februari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Januari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Januari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Oktober 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Oktober 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.