ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Jun 2023.

1. Rosmah dibenar dapatkan semula pasport, lawat anak di Singapura

Ia bagi membolehkannya melawat anak perempuannya Nooryana Najwa Mohd Najib dan keluarganya di Singapura.


2. Media antarabangsa cadangkan gol Safawi ke Anugerah Puskas

B/R Football memuat naik jaringan Safawi berserta kapsyen "Tambah Safawi Rasid ke senarai Puskas".


3. Kerajaan mahu segera laksana subsidi petrol bersasar, tapi sangat rumit - PM Anwar

Anwar berkata kerajaan sedar penetapan mekanisme berkenaan, termasuk bagi diesel dan RON95 tidak mudah dan agak kompleks.


4. Dewan Rakyat: Ada naungan politik 'jaga' judi dalam talian - Saifuddin

'Naungan politik' tersebut disifatkan menjadi kekangan terbesar buat kerajaan, kementerian dan polis dalam membanteras aktiviti berkenaan.


5. Bubar DUN: Amirudin menghadap sebelum Sultan Selangor berangkat ke Makkah

Amirudin bagaimanapun berkata beliau belum menerima tarikh untuk menghadap baginda.


6. Sanusi menghadap Sultan Kedah 25 Jun, cadang bubar DUN 28 Jun

Menteri Besar Kedah mengesahkan bahawa akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, 25 Jun depan.


7. Kementerian Pertahanan dipanggil perjelas kemajuan LCS kepada PAC September ini

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Kementerian Pertahanan (Mindef) berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pada September ini.


8. Saman RM150 juta: 'Serangan umum Tun M untuk lemahkan kredibiliti saya' - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini membuat banyak serangan umum yang tidak berasas semata-mata untuk melemahkan kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri.


9. Memoir Tommy Thomas bangkitkan kebimbangan awam - SFC

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa kandungan memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk 'My Story: Justice In the Wilderness' telah membangkitkan kebimbangan awam.


10. Dewan Rakyat lakar sejarah bahas LKAN

Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung dari 22 Mei lepas melabuhkan tirai hari ini dengan kejayaan terbesar yang dilakar adalah membenarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 dibahaskan buat julung kali.