ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Januari 2024.
1. Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak
Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sales Sdn Bhd menawarkan dua pilihan kepada pemilik kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
2. Suami wanita kes tipu katering turut hilangkan diri - Polis
Polis masih giat mengesan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam penipuan urusan katering membabitkan seorang pengantin wanita dalam kejadian pada 24 Disember lalu di Bandar Seri Jempol.
3. Remaja 15 tahun berhenti sekolah jaga ayah sakit, urus adik-adik di rumah
Meskipun baru berusia 15 tahun, namun, Nurul Khadijah Helmy Sham sudah memikul tanggungjawab menjaga bapanya yang sakit selain memberi laluan kepada dua kakaknya untuk meneruskan pengajian.
4. Kecuaian kontraktor punca kren tumbang atas landasan kereta api - Anthony Loke
Kecuaian kontraktor projek parkir bertingkat dikenal pasti sebagai punca insiden kren binaan tumbang atas landasan kereta api di Kilometer (KM) 355.749 antara Rawang dan Kuang pada 12 Disember lalu.
5. KPKT tidak pernah keluarkan lesen berniaga kepada pendatang tanpa izin - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan tidak pernah mengeluarkan lesen kepada pendatang tanpa izin untuk menjalankan sebarang perniagaan seperti membuka gerai atau kedai.
6. Penggodam jual data milik agensi kerajaan Malaysia di 'darkweb' diberkas
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menggodam dan menjual data milik agensi kerajaan di laman sesawang 'darkweb' pada 25 Disember lalu.
7. Kes bunuh: Bekas Ketua Perisikan ESSCom, Ann nampak seperti kekasih - Saksi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu hubungan antara bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCom) Datuk Mat Zaki Md Zain dan bekas isteri pemandu e-hailing nampak seperti sepasang kekasih.
8. Jawatankuasa MKI: Polis buka 2 kertas siasatan isu campur tangan dalam agama Islam
Polis membuka kertas siasatan ke atas dua individu berhubung kenyataan berkaitan isu Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
9. KPKM nafi wujud kartel, "mafia" tentukan harga padi, beras dan benih
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan dakwaan kewujudan kartel atau "mafia" yang menentukan harga padi, beras dan benih padi di negara ini.
10. Satu maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak kuari Bandar Saujana Putra
Seorang lelaki maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kawasan tapak kuari di Jalan SP2, Bandar Saujana Putra di Kuala Langat hari ini.
Astro Awani
Thu Jan 04 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Januari 2024.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.