1. PRN: PN Kedah hidang 17 tawaran
Perikatan Nasional (PN) menawarkan 17 perkara untuk dilaksanakan di Kedah dalam manifesto mereka sekiranya gabungan tersebut terus diberi mandat oleh rakyat bagi mentadbir negeri ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
2. Anwar, Riza menghadap Sultan Kedah, tiada kaitan REE - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan kehadiran seorang ahli perniagaan Indonesia ke Kedah, tiada kaitan dengan permohonan melombong unsur nadir bumi (REE).
3. Tular kes gangguan seksual, polis cari tukang gunting warga India
Polis sedang mengesan seorang tukang gunting rambut warga India yang dipercayai terlibat dalam kes gangguan seksual, seperti yang tular di media sosial, pada Selasa.
4. Skandal 1MDB: Dokumentari baharu tentang Jho Low bakal ditayang di AS Sept ini
Dokumentari itu memaparkan gaya hidup eksklusif Jho Low yang didakwa sebagai perancang utama skandal 1MDB.
5. Bunuh kekasih hamil: Peguam mohon tertuduh dirujuk pakar psikiatri
Peguam bela seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasih hamil pada Mei lalu memohon Mahkamah Majistret Sungai Besar agar anak guamnya dirujuk kepada pakar di hospital psikiatri.
6. Penganggur hempas, humban anak saudara direman tujuh hari
Seorang penganggur direman tujuh hari sehingga 9 Ogos bagi membantu siasatan kerana mendatangkan kecederaan kepada dua anak saudaranya di sebuah flat di Jalan Maklom di George Town pada Rabu.
7. PRN: Saifuddin dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REE
Saifuddin mendakwa, pendedahan gambar itu sekali gus membuktikan Muhammad Sanusi sememangnya mempunyai pengetahuan mengenai kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.
8. Dituduh buat gangguan seksual, Faizal Azumu buat laporan polis
Ahmad Faizal berkata, tuduhan yang terkandung dalam laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
9. PRN: 'Dedah siapa dalam PH-BN yang takut isytihar harta' - Syed Saddiq
MUDA menggesa pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengisytiharkan aset masing-masing dan mendedahkan identiti individu yang takut berbuat demikian.
10. Pengumuman pelaburan tambahan Infineon selaras gagasan Ekonomi Madani - PM
Pengumuman pelaburan tambahan sehingga 5 bilion Euro oleh Infineon Technologies AG (Infineon) selaras dengan gagasan Ekonomi Madani yang mensasarkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia.