Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 November 2023.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menzahirkan rasa pilu terhadap penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.
Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak atau dikenali sebagai ‘Bossku’ meletakkan harapan agar bekas Perdana Menteri itu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuka lembaran baharu, dan bergerak bersama demi negara serta rakyat.
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan beliau tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember nanti.
Indeks jenayah rogol, bunuh dan curi kereta di Kelantan meningkat dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Walaupun terdapat pendirian yang berbeza, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menzahirkan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Jepun, Fumio Kishida yang komited untuk melihat proses keamanan di Gaza dan Tebing Barat.
6. Najib dibenar pulang ke Penjara Kajang - Pegawai Khas
6. Najib dibenar pulang ke Penjara Kajang - Pegawai Khas
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan COVID-19, telah dibenarkan pulang ke Penjara Kajang.
Kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan kesemua mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang didapati terperangkap di luar negara berdasarkan prinsip the right to return atau hak untuk kembali.
8. Lelaki direman kes cabul dua anak saudara usia 4 dan 5 tahun
8. Lelaki direman kes cabul dua anak saudara usia 4 dan 5 tahun
Seorang penganggur direman selama enam hari bermula Ahad selepas disyaki mencabul dua anak saudaranya yang berusia empat dan lima tahun dalam kejadian di Chukai, di Kemaman.
9. Logo, nama PKR dikeluarkan dari sesawang Liberal International - Fahmi
9. Logo, nama PKR dikeluarkan dari sesawang Liberal International - Fahmi
Nama dan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini didakwa sebagai ahli pertubuhan parti politik, Liberal International sudah dikeluarkan daripada laman sesawangnya, pada Ahad.
10. Beberapa kawasan Subang dilanda banjir kilat, 4 PPS dibuka
10. Beberapa kawasan Subang dilanda banjir kilat, 4 PPS dibuka
Banjir kilat dilapor berlaku di beberapa kawasan di sekitar daerah Subang pada petang Ahad, susulan hujan lebat berterusan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

