ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Mac 2024.
1. Malaysia berjaya raih potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion setakat Mac 2024 - PM Anwar
Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion setakat Mac ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. 'Jaga petak masing-masing' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membidas kenyataan Pengerusi Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang membuat kenyataan sinis terhadapnya.
3. Siasatan Pasti: Jangan halang penjawat awam laksana tugas - Steven Sim
Semua pihak termasuk parti politik diminta tidak menghalang atau menganggu penjawat awam yang menjalankan tugas mereka membuat siasatan dalam apa jua keadaan, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
4. 17,704 penjawat awam Johor terima bantuan khas Aidilfitri
Sebanyak 17,704 penjawat awam Johor termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri akan menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500.
5. Polis lumpuh sindiket dadah rekreasi terbesar dalam negara, rampas RM14.15 juta dadah
Polis merampas dadah bernilai kira-kira RM14.15 juta selepas menahan dua lelaki dipercayai keldai dadah yang terlibat dalam sindiket mengedar dadah menggunakan perkhidmatan kurier di Bandar Mahkota Cheras di sini, dua hari lepas.
6. Parlimen: Wan Saiful dedah MP Gua Musang, Tanjong Karang jadi 'ejen pemujuk' kerajaan
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan sekali lagi menarik perhatian Dewan Rakyat apabila membuat dakwaan berhubung dua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang menjadi 'ejen pemujuk' supaya beliau menyokong kerajaan.
7. Pimpinan tertinggi kerajaan perlu ikuti kursus dan latihan - PM Anwar
Kesemua pimpinan tertinggi kerajaan termasuk perdana menteri sendiri perlu mengikuti kursus dan latihan untuk menggilap semangat dan ilmu dalam diri mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8. Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) telah berjaya merekodkan Keuntungan Selepas Cukai Dan Faedah Minoriti (PATAMI) ke RM44 juta bagi suku keempat untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.
9. Kerajaan akan terus pergiat libat urus dengan syarikat korporat galak aliran masuk dana ke pasaran pertukaran asing - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 2 Tahun 2024 yang diadakan hari ini, Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour memaklumkan bahawa prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) terus bertambah baik.
10. Dewan Rakyat lulus RUU Polis (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Astro Awani
Thu Mar 21 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Mac 2024.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.