MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 April 2025.
Kejadian tanah runtuh itu telah menghempap dinding sebuah rumah kediaman berkeluasan 40 x 40 kaki persegi.
Kawasan di tiga zon utama iaitu Shah Alam, Petaling dan Klang terjejas dengan limpahan air menyebabkan pemindahan mangsa serta kerosakan harta benda, setakat jam 8 pagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, nama beliau juga diletakkan di bawah kawalan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh pihak berkuasa negara.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan bermula Sabtu dengan proses penamaan calon di Dewan Merdeka Tapah.
5. Kebakaran gas Putra Heights: Laporan penuh mungkin pertengahan Mei, lewat dari jangkaan awal - MB
Laporan lengkap berhubung insiden kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, minggu lalu dijangka diperoleh pertengahan Mei depan, lebih lewat dari jangkaan awal, disebabkan keadaan cuaca serta faktor kestabilan tanah di lokasi kejadian.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan beberapa notis penguatkuasaan terhadap pembinaan sebuah struktur kuil sementara di Lot 205 (PT 200), Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, yang dilaksanakan tanpa kelulusan.
Tiada keperluan untuk meletakkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Senarai Pekeliling Khas (SPK) kerana beliau bukan seorang penjenayah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Malaysia dan Indonesia dapat menarik nafas lega susulan pengurangan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas kedua-dua negara sebelum ini.
Kesemua 24 bahagian MCA di Perak digerakkan bagi membantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Kerajaan terbuka untuk mengkaji semula jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami