awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Mei 2025.
1. Selangor tamatkan tajaan ijazah pertama ke Asia Barat mulai tahun ini
Penajaan bagi pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah masih diteruskan.
2. Rasuah percepat permohonan warganegara: SPRM akan panggil ramai lagi individu
Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa siasatan terhadap kes ini masih dijalankan.
3. Majoriti rakyat Malaysia tolak permohonan pengampunan diraja Najib Razak - Tinjauan
Tinjauan melibatkan 1,210 rakyat Malaysia itu juga mendapati bahawa 70% menentang penahanan di rumah bagi pesalah yang disabitkan dengan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.
4. Pemilihan PKR 2025: 251 calon tawar diri bertanding di peringkat pusat - Dr Zaliha
Jumlah itu merangkumi 104 pencalonan bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), 85 calon bagi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.
5. Presiden baharu BAM: Tengku Zafrul mohon 100 hari sebelum bentang misi
Beliau berjanji akan menggunakan pengalaman dalam sektor swasta dan kerajaan untuk memperkasa BAM.
6. Simbah asid: "Jangan aniaya saya..." - Faisal Halim
Pemain kebangsaan itu tetap bertekad untuk memajukan kariernya walaupun masih beremosi terhadap siasatan kes serangan asid yang dialaminya.
7. Belia paling ramai terlibat salah guna dadah di Malaysia - KP AADK
Golongan belia terus menjadi kelompok terbesar dalam kes penyalahgunaan dadah di Malaysia, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh.
8. Remaja dibelasah beramai-ramai, 10 lelaki ditahan
Polis menahan 10 lelaki termasuk remaja berusia 17 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes serangan ke atas seorang lelaki di Kampung Sentosa Jaya pada Jumaat.
9. PDRM bekerjasama dengan Interpol atur sesi percakapan anak Pamela di Singapura
Polis sedang mengatur sesi rakaman percakapan anak kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh bersama Polis Antarabangsa (Interpol) yang dijangka dibuat dalam masa terdekat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
10. Kebakaran gas Putra Heights: Penduduk terjejas dakwa sukar tuntut pampasan insurans
Sebahagian penduduk yang terkesan dengan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights mendakwa berdepan pelbagai cabaran, terutama dalam usaha menuntut pampasan insurans rumah dan kenderaan selepas lebih sebulan insiden berkenaan.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan