NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Mei 2025.
Polis menembak mati dua penjenayah lelaki dipercayai aktif kes samun dan pengedaran dadah, di tempat letak kereta sebuah kondominium, di Nilai pada 10 malam tadi.
Pemandu lori muatan batu yang terlibat dalam nahas jalan raya mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan pada Selasa, mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Tergamam - itu reaksi Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Fazli Shahril Che Ad sejurus tiba di lokasi kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Selasa lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau sama sekali tidak terlibat dalam proses pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk pengurangan hukuman denda dan penjara bekas Presiden UMNO itu.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan kepada kedua-dua calon Timbalan Presiden PKR sama ada mahu meneruskan debat atau sebaliknya, dalam siri kempen mereka bagi pemilihan parti sesi 2025-2028.
Ekonomi Malaysia terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025 (S1 2025), selari dengan anggaran awal dan mengatasi pertumbuhan 4.2 peratus pada tempoh sama tahun lalu.
Penganjur himpunan pro Palestin menyeru rakyat Malaysia agar meneruskan kempen boikot ke atas beberapa syarikat yang didakwa membantu rejim Israel melakukan jenayah perang ke atas warga Palestin.
Skuad Speedy Tigers bakal menguji taring mereka sebelum aksi Piala Negara-Negara Jun ini, apabila dijadual 'berkampung' di Korea Selatan bagi kempen Jelajah Korea bermula Ahad ini hingga 19 Mei.
Kerjasama antara negara-negara Islam menjadi semakin penting, terutama dalam aspek inovasi berdaya maju dan relevan untuk setiap anggota masyarakat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Satu jawatankuasa tertinggi akan dibentuk bagi membincangkan langkah penambahbaikan aspek keselamatan konvoi atau pergerakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami