NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Mei 2025.
Lima pemain bola sepak Malaysia dipilih menyertai skuad ASEAN All-Stars untuk aksi menentang Manchester United dalam perlawanan Maybank Challenge Cup yang dijadual berlangsung pada 28 Mei ini, jam 8:30 malam, di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pejabat Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli tidak pernah dikosongkan sewaktu beliau mengambil cuti tempoh hari, menurut bekas Pegawai Khas Kementerian, Najib Bakar, menjawab dakwaan Nurul Izzah Anwar.
Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50 peratus sempena Program MADANI Rakyat 2025 Johor yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.
Rafizi menganggap dakwaan pihak tertentu bahawa beliau tidak mahu mempertahankan jawatan nombor dua parti itu sebagai tohmahan semata-mata.
5. Cadangan mansuh benarkan ahli baharu PKR bertanding akan dibincang - Anwar
5. Cadangan mansuh benarkan ahli baharu PKR bertanding akan dibincang - Anwar
Datuk Seri Rafizi Ramli mencadangkan supaya kuasa tersebut dimansuhkan sepenuhnya bagi mengelakkan parti dibanjiri individu yang hanya mengejar jawatan, namun keputusan masih dalam perbincangan.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka menerima teguran dan kritikan, serta menerima apa juga pandangan yang disampaikan calon pimpinan pusat, termasuk Datuk Seri Rafizi Ramli sendiri.
Nurul Izzah Anwar diumumkan sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti tahun ini, menewaskan penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli dengan undian sebanyak 9,803 undi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan menggubal akta itu bagi memastikan gaji graduan TVET selaras dengan kehendak pasaran masa kini.
Keputusan kerajaan menyambung kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dibuat berdasarkan keyakinan terhadap keberanian beliau memerangi rasuah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali hari ini menafikan dakwaan kononnya Kerajaan MADANI menghapuskan subsidi gas petroleum cecair (LPG) bagi premis makanan menggunakan lebih 42 kilogram (kg) bahan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami