MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Mei 2025.
Seramai 29 orang penumpang termasuk pemandu bas ekspres terselamat setelah kenderaan yang mereka naiki musnah terbakar dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di kilometer (km) 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, pada Khamis malam.
Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusann yang memihak kepada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, dan mengarahkan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff, membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 berikutan kenyataan fitnah yang dibuatnya lapan tahun lepas.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendapati penyakit kencing manis dan kadar kolesterol dalam kalangan rakyat di Kelantan telah mencatatkan peningkatan melebihi indikator purata nasional.
Suspek menghantar pautan URL kepada semua kenalan dalam aplikasi tersebut, tetapi tiada mangsa dilaporkan mengalami kerugian.
Ia adalah proses sah di sisi undang-undang bagi mendapatkan tafsiran terhadap persoalan perundangan yang kompleks dan signifikan.
Mahkamah menetapkan 1 Julai ini bagi keputusan permohonan Peguam Negara supaya Isham dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana menghina mahkamah.
Seramai 13 individu yang dipercayai cuba mensabotaj sistem komunikasi utama di Selangor dan Kuala Lumpur dengan mencuri kabel di laluan kritikal yang menyokong infrastruktur data kerajaan serta sektor keselamatan negara ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi bayangan sudah mempunyai perancangan sebaik sahaja cutinya tamat pada 17 Jun depan.
Malaysia mencatat sejarah apabila secara rasmi dilantik sebagai Presiden Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2025 hingga 2029.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami