awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Julai 2025.
1. Kes tembak wanita hamil: Aimay dicekup selepas tiga tahun diburu polis
Selepas tiga tahun hidup dalam pelarian, seorang lelaki dikenali sebagai Aimay yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita hamil tujuh bulan akhirnya berjaya dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Bukit Lata pada Rabu.
2. Tiada bukti sahih berhubung lokasi Jho Low, penggunaan pasport - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjalinkan kerjasama erat dan berterusan dengan pihak berkuasa serta agensi penguat kuasa antarabangsa bagi mengesan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
3. Mesej 'lantaklah nak hidup atau mati' bukan dituju kepada Zayn Rayyan - Ismanira
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa mesej yang berbunyi 'lantaklah nak hidup atau mati' yang dihantar kepada suaminya, tidak ditujukan kepada anaknya yang hilang pada ketika itu.
4. Pemberian RM100: PM Anwar bidas pembangkang tidak faham konteks inisiatif
Pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah di luar bandar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5. Rakyat Malaysia dinasihat elak sempadan Thailand-Kemboja susulan ketegangan memuncak
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelak daripada memasuki kawasan pertikaian di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja susulan ketegangan ketenteraan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu.
6. 'Merayakan demokrasi’, PM arah PDRM jamin kelancaran himpunan 'Turun Anwar’
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberikan kerjasama penuh bagi memastikan 'Himpunan Turun Anwar' yang ditunjangi Pas berlangsung dengan aman, lancar dan tanpa sebarang intimidasi.
7. 'Bukan nak hukum orang mati, kembalikan wang diambil secara tidak sah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap pembangkang yang dilihat seakan mempertahankan tokoh terpalit rasuah.
8. Sejahtera MADANI buka lembaran baharu tangani kemiskinan - PM Anwar
Pelancaran inisiatif Sejahtera MADANI hari ini membuka lembaran baharu dalam pendekatan negara menangani isu kemiskinan dan miskin tegar, dengan menekankan kerjasama erat antara kerajaan dan sektor korporat serta swasta.
9. Program eHati: Enam ditahan, 282 peserta dikenal pasti - JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan enam orang yang disyaki terlibat dalam penganjuran Program Motivasi Rumah Tangga eHati yang diadakan pada 27 hingga 30 September tahun lalu di Shah Alam, Selangor.
10. RMK13: Pendekatan lebih bersifat rangsangan ekonomi, berbanding langkah penjimatan
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dibentangkan pada 31 Julai ini dijangka memberi penekanan kepada langkah rangsangan ekonomi berbanding pendekatan penjimatan.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#Pasukan Gerakan Am
#Jho Low
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan