MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 September 2025.
Pengarah Syarikat Maju Holdings Sdn Bhd bagi cadangan projek pembinaan Lebuh Raya MEX II, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas empat pertuduhan pecah amanah lebih RM313 juta dan 13 pertuduhan ubah wang haram RM139.2 juta bermula 2016 lalu.
Wanita yang ditahan selepas bertindak naik ke pentas utama untuk mendekati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada 31 Ogos lalu, didakwa hari ini atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap baginda.
Kementerian Perpaduan Negara menerusi Arkib Negara Malaysia buat julung kalinya menubuhkan Majlis Sejarawan Negara iaitu sebuah badan berautoriti yang berperanan menasihati kerajaan berhubung naratif sejarah negara.
Seramai sembilan individu direman seminggu bagi membantu siasatan kes tembak seorang anggota polis dan penemuan mayat seorang wanita di Simpang Pulai pada Ahad.
Pemeriksaan menunjukkan perbezaan signifikan antara tulisan tangan Zara dan individu lain pada beberapa helaian dan muka surat buku.
Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin membuat kejutan istimewa ketika majlis pelancaran lagu baharu berjudul Rasa & Takdir nyanyian Amira dan adiknya, Irfan Haris.
Semua pihak harus menghormati keputusan majoriti perwakilan sewaktu Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti.
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Setiausaha Politiknya Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus tidak berhasrat untuk mencabar permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang tunai lebih RM169 juta yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bedah siasat mengesahkan punca kematian dua beradik dalam kejadian kereta menggelongsor ke dalam Sungai Tanjung Agas Linggi, Port Dickson pada 4 Sept disebabkan lemas dan tiada unsur kekerasan ke atas mangsa.
Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, hari ini memberi tumpuan terhadap permohonan peguam keluarga untuk membawa masuk pakar tulisan tangan mereka sendiri bagi meneliti dokumen berkaitan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami