awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2026
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Januari 2026.
1. Pemindahan hati bayi empat bulan, bukti Malaysia miliki kepakaran bertaraf dunia
Kejayaan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melakukan pembedahan pemindahan hati terhadap seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada November lepas membuktikan Malaysia memiliki kepakaran bertaraf dunia.
2. Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
Malaysia menolak sebarang bentuk campur tangan asing dalam urusan dalaman sesebuah negara, termasuk ancaman atau penggunaan kekerasan, menurut Kementerian Luar Malaysia.
3. TMM2026: Polis pertingkat kawalan keselamatan di seluruh negara - Ayob Khan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
4. Penstrukturan PTPTN tidak jejas pinjaman perumahan - Zambry
Penstrukturan semula bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan menjejaskan pinjaman perumahan serta lain-lain pinjaman, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
5. PM Anwar dijangka umum perkara penting Isnin - Anthony Loke
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 selepas mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya pada jam 11.30 pagi Isnin.
6. KPM tumpu dua fokus utama pada sesi persekolahan 2026 - Fadhlina
Pelaksanaan kurikulum prasekolah baharu serta pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan, antara dua fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) pada sesi persekolahan 2026.
7. Wanita mengaku tidak bersalah ludah polis, hina Islam
Seorang pengurus jualan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini atas tiga pertuduhan meludah anggota polis, menunjukkan isyarat lucah dan menghina agama Islam, akhir Disember lalu.
8. Slogan ‘demi rakyat’ sekadar retorik, pemain politik rakus kejar kepentingan - Syed Ali
Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, berkata rakyat sering dijadikan alasan bagi menghalalkan tindakan politik, sedangkan mereka tidak pernah dirujuk atau diminta pandangan dalam sebarang keputusan penting.
9. 'Lagi ditekan, lagi kuat penyatuan ummah' - Dr Akmal Salleh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan agenda penyatuan ummah meskipun berdepan kritikan dan tentangan daripada pelbagai pihak.
10. Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak dan Johor beransur pulih
Sebanyak 607 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan di tiga negeri, dengan Sabah merekodkan pertambahan jumlah mangsa.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan