KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan 5,713 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat berbanding semalam.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kini sebanyak 2,492,343 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, data COVIDNOW setakat semalam melaporkan sebanyak 46 kes kematian termasuk lapan kes BID.

Jumlah itu menjadikan angka kumulatif kes kematian kini kepada 29,091 kes.


Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini menempatkan seramai 555 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 280 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Sementara itu, jumlah kes sembuh hari ini melebihi angka kes baharu iaitu sebanyak 5,865 dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,396,244. 

Bagaimanapun sebahagian besar kes baharu yang dilaporkan masih terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2 dengan sebanyak 98.4 peratus. 

Manakala selebihnya merupakan kes kategori 3,4 dan 5 iaitu sebanyak 1.6 peratus atau bersamaan 93 kes.