KUALA LUMPUR: Daripada  248,874 petugas kesihatan telah mendapat vaksin lengkap, hanya 3.05 peratus atau 7,559 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19.

Namun menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebahagian besarnya bergejala ringan dan hanya 17 kes sahaja di kategori 3,4 dan 5.

Dalam muat naik di laman Facebooknya, data ini direkodkan bermula 24 Februari hingga 13 Ogos.

Beliau turut memaklumkan, terdapat dua kes kematian membabitkan petugas kesihatan yang berada di kategori 5.

Berdasarkan kelas klinikal kategori COVID-19, Kategori 1: Tidak Bergelaja, Kategori 2 : Bergejala tanpa radang paru-paru.

Manakala bagi Kategori 3 : Bergejala dengan radang paru-paru, Kategori 4 : Bergejala dengan radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen dan Kategori 5 : Pesakit kritikal dengan komplikasi kepada pelbagai organ (multiorgan) yang memerlukan ventilator.