KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan sebanyak enam kes kematian akibat jangkitan COVID-19 pada Jumaat.

Berikut merupakan lima tumpuan pada kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat, 11 Disember 2020:

1. 1,810 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 80,309 kes.

2. Sebanyak enam kluster baharu dikenal pasti.

3. Enam kes kematian baharu dilaporkan.

4. 123 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 63 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

5. Kes kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia sebanyak 12,734.

BACA: COVID-19: Malaysia catat 1,810 kes positif, 6 kematian