PETALING JAYA:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling memaklumkan pusat membeli belah One Utama, Bandar Utama dan kelab golf, Tropicana Golf Club & Country Resort di sini ditutup kerana penularan kes COVID-19 di kedua-dua kawasan itu.
Pengerusinya, Johary Anuar dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, penutupan akan bermula pada Ahad, 11 Oktober 2020 bagi tujuan saringan kontak rapat dan proses nyah kuman.
Menurutnya, orang ramai yang mengunjungi Bahagian Kosmetik dan Wangian di Aras G dalam Parkson Elite antara 30 September hingga 7 Oktober lepas dinasihatkan untuk hadir menjalani saringan.
Tambahnya, mereka yang mengunjungi Mac City di aras dua One Utama antara 25 September 2020 sehingga 30 September 2020 juga diminta menjalani saringan COVID-19.
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan di pusat beli-belah berkenaan pada 14 dan 15 Oktober ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.
Jelasnya, keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja iaitu pengunjung premis pada tarikh seperti dinyatakan.
Sehingga kini terdapat empat kes positif di One Utama melibatkan tiga pekerja dan seorang pengunjung manakala lima kes positif dikesan di kelab golf tersebut melibatkan lima orang pekerjanya.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Astro Awani
Sat Oct 10 2020
Sehingga kini terdapat empat kes positif di One Utama melibatkan tiga pekerja dan seorang pengunjung manakala lima kes positif dikesan di kelab golf tersebut melibatkan lima orang pekerjanya.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
PKPB di Kampung Padang Che Mas, ini lima tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat (16 Oktober 2020).
1 Utama nafi laporan 63 positif COVID-19 di premisnya
Ujian swab ke atas 6,000 kakitangan kompleks beli-belah dan penyewa mendapati hanya 21 kes positif COVID-19 dilaporkan.
COVID-19: 63 kes positif di One Utama, 44 daripadanya pekerja keselamatan
Terdapat 63 kes positif melibatkan kompleks beli-belah One Utama dengan 59 kes daripadanya di daerah Petaling dan baki empat kes di luar daerah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 10 Oktober 2020.
COVID-19: Ini perincian 6 kluster baharu dicatatkan hari ini
Sejumlah enam kluster baharu dilaporkan hari ini dengan Selangor merekodkan jumlah kluster tertinggi iaitu empat kluster.
COVID-19: One Utama, kelab golf Tropicana ditutup
Penutupan akan bermula pada Ahad, 11 Oktober 2020 bagi tujuan saringan kontak rapat dan proses nyah kuman.
Parkson sahkan perunding kecantikan di 1 Utama positif COVID-19
Seorang perunding kecantikan yang bertugas di One Utama, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19 selepas keputusan saringan pada Rabu.
Nabil Ahmad jalani kuarantin kendiri
Semoga tiada apa-apa yang berlaku kepada Nabil Ahmad dan keluarga.
NCT di Malaysia: 'Walaupun tak nampak secara dekat, kita tetap teruja' - NCTzen
Peminat K-Pop membanjiri pusat beli-belah One Utama demi bertemu dengan kumpulan terkenal k-pop, NCT Dream yang hadir sempena acara 'K-Wave & Halal Show in Malaysia'.
Jejantas dari stesen MRT Bandar Utama ke 1 Utama dibuka
Jejantas pejalan kaki sepanjang 35 meter yang menghubungkan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Bandar Utama dan pusat membeli-belah 1 Utama dibuka secara rasmi.