GEORGE TOWN: Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan memulakan trip pertamanya pada jam 6.30 pagi dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU), di sini.
Trip pertama itu dinaiki Ketua Menteri Caretaker, Chow Kon Yeow sekali gus merasmikan operasi pengangkutan awam itu.
Kon Yeow yang ditemani beberapa pemimpin negeri tiba di PRTU pada jam 6.45 pagi dan disambut oleh Pengerusi Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza.
Kon Yeow berkata, perkhidmatan feri di Pulau Pinang merupakan perkhidmatan yang sangat penting khususnya kepada mereka yang menggunakan medium pengangkutan tersebut untuk berulang alik ke tempat kerja setiap hari.
Menurutnya, empat feri berwajah baru yang dinamakan sebagai Teluk Bahang, Teluk Kampi, Teluk Duyung dan Teluk Kumbar telah menggantikan feri ikonik yang sudah ditamatkan perkhidmatannya.
"Feri baru ini jauh lebih efisien dan selesa berbanding feri ikonik sebelum ini. Bagi permulaan, seperti yang diumumkan sebelum ini, tambang untuk sebulan pertama adalah percuma untuk semua penumpang bermula 7 Ogos hingga 6 September depan.
"PPSB akan menanggung kos tiket feri ini dan ia merupakan inisiatif SPPP dan PPSB sempena pengoperasian feri baru selain meringankan beban kewangan penumpang.
"Feri ini akan beroperasi setiap hari bermula jam 6.30 pagi di PSAH dan berakhir pada jam 9.30 malam di PRTU (di bahagian seberang) manakala di PRTU, feri akan bermula pada jam 7 pagi dan berakhir pada jam 10 malam," katanya pada sidang akhbar di PRTU di sini pada Isnin.
Tambah beliau, kerajaan Pulau Pinang telah mengadakan sesi libat urus dengan SPPP dan PPSB agar jadual feri yang disediakan mempunyai kesalinghubungan dengan perkhidmatan bas Rapid demi kemudahan rakyat Pulau Pinang.
"SPPP dan PPSB prihatin dengan kehendak dan keperluan rakyat Pulau Pinang khususnya yang menggunakan feri setiap hari telah menyediakan jadual feri dengan 68 trip (dua hala) sehari iaitu dengan kekerapan setiap 20 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu bukan puncak.
"Jadual ini juga adalah untuk hari bekerja dan pada hujung minggu atau cuti umum. Trip akhir feri juga telah dilanjut dari jam 8.30 malam semasa tempoh peralihan kepada jam 10 malam," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPSB, Datuk V Sasedharan berkata, pihaknya sedang mengkaji kadar tambang feri baharu itu dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat.
"Menerusi 68 trip yang disediakan, kita mensasarkan 100,000 pengunjung untuk satu hala dalam sebulan, menjadikan 1.2 juta penumpang untuk setahun.
"Jumlah itu merangkumi 95 peratus penumpang yang menaiki untuk ke tempat kerja," katanya.
Sementara itu, Kon Yeow berkata, Kerajaan Pulau Pinang belum membuat permohonan rasmi kepada Kementerian Pengangkutan berhubung pelaksanaan perkhidmatan teksi air di negeri ini.
"Masih belum ada permohonan yang rasmi, tetapi sebelum ini Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) pernah cuba untuk mempromosikan teksi air di bahagian pulau tetapi pengangkutan awam adalah satu produk sosial dan kebanyakan mengambil masa panjang untuk 'retrun on investment'.
"Mungkin tiada 'return on investment' pun dari segi pembiayaan kerana ia satu kemudahan sosial, oleh itu, pihak kerajaan perlu tanggung segala pelaburan kapasiti mahu pun kos pengoperasian. Jadi isu ini perlu diteliti," tambahnya.
Sebelum ini, selepas 126 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang, perkhidmatan ikonik feri sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau dan sebaliknya telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.
Perkara itu diumumkan SPPP yang mana, perkhidmatan feri di Pulau Pinang untuk kenderaan empat tayar akan dihentikan bermula 1 Januari 2021 dengan feri Ro-Ro hanya untuk kegunaan motosikal dan basikal sahaja.
Ini bermakna, kesemua kenderaan empat tayar tidak lagi boleh menggunakan laluan laut sebagai alternatif untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya.
Bermula tarikh itu juga, perkhidmatan feri bagi penumpang, motosikal dan basikal akan diambil alih oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) daripada Prasarana Malaysia Berhad.
PPSB juga akan menyediakan perkhidmatan katamaran untuk penumpang, motosikal dan basikal bagi menggantikan feri sebelum ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 07 2023
Kon Yeow (tiga dari kanan) membantu salah seorang penumpang feri ketika menyantuni trip pertama dari PRTU ke PSAH, pada pagi Isnin. - Foto Sinar Harian
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Lima PATI ditahan naik feri dari Langkawi ke Kuala Kedah
Lima PATI warga Myanmar ditahan anggota Maritim Malaysia ketika dalam feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.
Penang Port tawar khidmat sewa feri bagi jana pendapatan baharu
Syarikat itu melihat potensi besar dalam langkah terbaharu itu kerana ia telah menerima banyak pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat.
Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi
Ia bukan sahaja akan menguntungkan pengguna malah saingan sihat dalam perkhidmatan dapat meningkatkan tahap syarikat pengendali feri sedia ada.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.
Feri baharu Pulau Pinang mula operasi secara rasmi hari ini
Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan memulakan trip pertamanya dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma selama sebulan mulai 7 Ogos
Ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa untuk tempoh percubaan.
Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik
Tambahan perkhidmatan enam RORO lagi berserta tambahan jadual perjalanan sedang dirancang bagi menampung keperluan orang ramai.
Lelaki FIlipina terjun feri semasa penghantaran pulang ditemukan lemas
Seorang lelaki Filipina yang dipercayai terjun ke laut dari sebuah feri di sini ketika proses penghantaran warga Filipina pulang ke negara asal pada petang Rabu lepas, ditemukan lemas hari ini.
Kerajaan Persekutuan pertimbang kembalikan feri ikonik P. Pinang
Perkhidmatan feri berkenaan telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi pada 1 & 2 Mac dihentikan
Kapten Baharin berkata, keadaan paras air itu mungkin akan menyebabkan tidak selamat untuk dimasuki oleh feri.