KUALA LUMPUR: Harapan seorang wanita untuk mendapatkan kerja sambilan menerusi iklan di media sosial bukan sahaja musnah bahkan dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM41,500.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Wong, berkata, ketika melayari media internet Rabu lalu, dia tertarik dengan komisen yang dijanjikan dalam iklan tersebut dan menekan pautan terbabit.
Wanita itu memberitahu, satu mesej WhatsApp kemudiannya dihantar ke nombor telefon bimbitnya yang meminta segera mendaftar di satu aplikasi.
"Selepas mendaftar, saya mula bermain satu permainan di aplikasi tersebut yang menawarkan komisen sehingga 10 peratus dan pelbagai ganjaran seperti basikal, telefon bimbit dan jam tangan yang mencecah RM10,000.
"Saya telah bermain permainan itu 45 kali dengan memindahkan wang sebanyak RM41,500 ke dalam dua akaun atas dua penama berbeza.
"Menerusi permainan itu, saya berjaya mencatatkan komisen sebanyak RM5,098," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, di sini pada Isnin.
Menurut kerani berusia 24 tahun itu, dia kemudiannya berhubung dengan lelaki yang dikenali sebagai Jack untuk menuntut duit komisen serta wang yang dipindahkan itu namun gagal.
Wong kemudian menerima panggilan telefon dari seorang lelaki Cina yang mendakwa pengurus syarikat pekerjaan dan memaklumkan akan membantu saya mengeluarkan kesemua wang milik saya dalam akaun tersebut.
"Syarat yang diberikan ialah saya harus membayar sebanyak RM10,000 untuk membolehkannya berbuat demikian.
"Saya tidak bersetuju dengan syarat tersebut dan berasakan sudah ditipu.
"Bimbang dengan keselamatan diri saya bertindak ke Balai Kelapa Sawit untuk membuat laporan," katanya.
Wong memberitahu, dia telah meminjam dengan keluarga dan rakan-rakan bagi memindahkan wang sebanyak RM41,500 ketika permainan tersebut.
Dalam pada itu, ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse berkata, kejadian itu sebagai peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran yang mencurigakan di media sosial.
"Mangsa hanya mahu menambah pendapatan dan hanya menyedarinya dirinya ditipu selepas mengalami kerugian. Mangsa juga tidak mahu perkara sama menimpa orang lain," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 19 2021
Wee Tse (kanan) bersama Wong (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung penipuan satu aplikasi permainan yang menawarkan komisen dan ganjaran di Pusat Khidmat ADUN Bukit Batu di sini pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Tiga keldai ditahan babitkan kerugian RM41,447.70
Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM41,447.70, dalam kejadian baru-baru ini.
Keldai akaun sindiket penipuan ditahan, mangsa rugi lebih RM38,000
Pihak polis terima laporan daripada mangsa di Bayan Lepas yang terperdaya dengan sindiket penipuan dalam urusan kerja sambilan secara dalam talian.
Kerja sambilan untuk beli tiket penerbangan hadir konvokesyen, namun bapa "pergi" dulu
Juline Ulana terkilan kerana bapanya tidak sempat menyaksikan dia naik ke pentas menerima skrol.
Pekebun rugi lebih RM132,000 terpedaya kerja sambilan tidak wujud
Pada mulanya, mangsa telah ditawarkan bayaran sebanyak RM15 bagi tugasan 'like', 'follow' dan komen ke setiap akaun pengguna aplikasi TikTok.
Pengurus syarikat rugi RM1.1 juta ditipu sindiket kerja sambilan
Seorang pengurus sebuah syarikat mendakwa kerugian lebih RM1.1 juta selepas diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan melalui media sosial dengan menjanjikan pulangan komisen.
Trend yami baito di Jepun membimbangkan
Tawaran yami baito biasanya dibuat dalam talian oleh sindiket jenayah yang bijak menyembunyikan jejak mereka.
Pegawai bank rugi RM53,700 ditipu sindiket kerja sambilan
Seorang pegawai bank mengalami kerugian sebanyak RM53,700 akibat diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan secara dalam talian pada Ahad.
Suri rumah rugi RM110,556 terperdaya kerja mudah 'like and share'
Mangsa mendakwa pautan iklan di Telegram pada 30 Mei lepas hanya memerlukan dia membuat tanda suka dan berkongsi video YouTube.
Kerani kerugian hampir RM140,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Mangsa mula terpengaruh apabila sindiket berkenaan menyatakan kerja sambilan itu mampu beri pendapatan sampingan selain komisen yang berbaloi.
Gadis rugi RM41,500 terpedaya tawaran kerja sambilan
Kejadian itu sebagai peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran yang mencurigakan di media sosial.