IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, mereka bersedia untuk menerima perubahan.
Bagaimanapun, katanya, segala perubahan yang hendak dilakukan mestilah tidak kurang daripada faedah yang dinikmati sekarang.
“Maknanya, formula ini perlu situasi menang-menang, kerajaan tidak menganggap sebagai satu beban, pada masa sama penjawat awam mendapat kelebihan dalam bentuk perubahan yang ingin dibuat oleh kerajaan.
“Justeru itu bukanlah satu isu kepada Cuepacs tetapi Cuepacs mempertahankan perkataan tetap dan berpencen ini adalah terbaik untuk penjawat awam.
“Tetapi jika nak buat penambahbaikan, ia hendaklah bermula boleh dibuat penambaikan tapi dalam konteks perkataan ‘no less favourable’, tidak kurang faedah daripada apa yang kita pada hari ini,” katanya.
Beliau ditemui dalam majlis penyampaian bubur lambuk anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani Dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) di Ipoh, pada Jumaat.
Beliau mempertahankan bahawa skim pencen bukanlah beban, sebaliknya hak penjawat awam yang telah dicarum ke dalam Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
Sebelum ini, Kabinet dilaporkan bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.
Bagaimanapun, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, namun golongan yang baharu dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Abd Razak Mohd Ali
Fri Mar 15 2024
Adnan (tengah) hadir pada majlis penyampaian bubur lambuk anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani Dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) di Ipoh, pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Usah terburu-buru mansuh skim pencen penjawat awam - Mohamed Fadzli
Katanya, banyak isu perlu dikaji sebelum cadangan itu dilaksanakan terutama masa depan penjawat awam selepas menamatkan perkhidmatan.
Skim pencen wakil rakyat: DAP bersama kerajaan - Loke
DAP tetap bersama-sama kerajaan dalam membuat perubahan membabitkan isu skim pencen wakil rakyat, kata Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke.
Kerajaan belum muktamadkan kajian semula skim penjawat awam - Fahmi
Sistem saraan perkhidmatan awam masih belum dimuktamadkan sepenuhnya memandangkan kajian terperinci sedang dilaksanakan kerajaan.
Penjawat awam sedia ada pilih skim pencen, tidak akan terjejas - Amir Hamzah
Penjawat awam sedia ada yang memilih skim pencen tidak akan terkesan dengan sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
Kerajaan jamin pencen pesara diteruskan, rancang penambahbaikan - Ahmad Maslan
Kerajaan kekal komited meneruskan pencen pesara walaupun berdepan tanggungan perbelanjaan mengurus (OE) semakin meningkat.
Rombakan skim pencen: Penunjuk perasaan anjur mogok baharu di Perancis
Demonstrasi baharu dijadual diadakan di Perancis pada Selasa bagi membantah pembaharuan skim pencen Presiden Emmanuel Macron, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Polisi holistik perlu dilaksanakan untuk berdepan masyarakat menua - Pakar Ekonomi
Skim-skim perlindungan sosial atau pencen yang sedia ada perlu ditambah baik bagi memastikan mereka yang pencen tidak berdepan masalah.
Persatuan sukan kebangsaan saran skim pencen diperluaskan
Reezal Merican berkata KBS akan mempertimbangkan cadangan supaya atlet negara yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik mendapat skim pencen.