MINGGU lalu, komuniti usahawan dikejutkan dengan tawaran peletakan jawatan enam pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serentak dengan pembentangan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Malaysia (PAC) di Dewan Rakyat yang menggariskan lima cadangan untuk syarikat tersebut.

Selain itu, berita tentang penangkapan seorang ahli dari parti pembangkang turut mengejutkan.

Di persada antarabangsa, Panama Papers membuat salah satu pembongkaran paling epik dekad ini apabila membariskan nama golongan elit dunia membabitkan pemimpin negara, artis, bintang sukan serta tokoh perniagaan.

Organisasi berpangkalan di Washington itu turut menegaskan data atau dokumen yang dikenali sebagai Panama Papers itu diperoleh daripada sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca.

Baca, untuk mengetahui berita utama tempatan dan antarabangsa minggu lalu.

ISNIN, 4 APRIL

Najib umum lima inisiatif baharu perkasa Mara


Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dipastikan akan terus wujud sekiranya UMNO terus diberi peluang memerintah dalam negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


MARA

Bacaan IPU tidak sihat, 83 sekolah di Sabah ditutup selama dua hari


Jerebu melanda beberapa daerah di Sabah selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara di Beaufort, Papar dan Kuala Penyu.

Jumlah keseluruhan pelajar yang terjejas bagi kesemua sekolah terlibat adalah 22,782 orang dengan10,272 orang pelajar sekolah rendah dan 12,510 lagi pelajar sekolah menengah.


SELASA, 5 APRIL

Di Muar, pelakon Benjy dilepaskan Mahkamah Magistret selepas hakim Muhammad Hidayat Wahab membuat keputusan dadah jenis syabu seberat 28.99 gram yang dijumpai di tempat duduk penumpang sebuah kenderaan bukan miliknya.

Malaysia, pada hari ini, telah meminta kerajaan Filipina untuk membantu mengenal pasti kedudukan empat rakyat Malaysia yang diculik pada 1 April lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah berbincang dengan rakan sejawatnya Jose rene Almendras mengenai perkara itu.

Ligitan

Laporan sebelum ini menyebut keempat-empat individu itu telah diculik oleh lapan lelaki bersenjata di Pulau Ligitan, Sabah sewaktu dalam perjalanan pulang dari Filipina ke Malaysia di antara jam 6 petang dan 7 malam pada 1 April.


RABU, 6 APRIL

Skandal Panama Papers berterusan. Astro AWANI menggariskan 5 perkara utama anda perlu tahu tentang Panama Papers.

5 perkara anda perlu tahu tentang Panama Papers


Panama Papers

Ahli Parlimen Rafizi Ramli
ditahan reman selepas didakwa membongkar dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia berhubung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Awal minggu ini, LTAT dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaannya mengenai pembayaran gratuiti kepada veteran LTAT.

Beberapa hari kemudian, beberapa ahli kumpulan pembangkang termasuk Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Kit Siang berarak dari parlimen ke IPD Bukit Aman menggesa pembebasan Rafizi.

GALERI FOTO: Dari Parlimen ke Bukit Aman, pembangkang tuntut bebaskan Rafizi

Rafizi Ramli


KHAMIS, 7 APRIL

1MDB: Prestasi kewangan 1MDB 'kurang memuaskan', tadbir urus lemah - PAC

Hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu 'kurang memuaskan'.

Dapatan itu menjurus kepada kelemahan tadbir urus syarikat pelaburan negara berkenaan.

Parlimen

Lembaga Pengarah 1MDB tawar peletakan jawatan susulan laporan PAC

Industri perniagaan dikejutkan dengan pengumuman enam ahli lembaga 1MDB telah memutuskan untuk meletakkan jawatan kepada MoF Inc, berikutan pembentangan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Keputusan sebulat suara berkenaan turut memberi kejutan kepada orang ramai, namun dalam satu kenyataan, pihak Lembaga berkenaan berkata mereka telah berjaya meneraju 1MDB, melalui tempoh yang mencabar, dan dengan pembentangan laporan PAC, satu keputusan telah dicapai

Berikutan pembentangan laporan 106 muka surat itu, PAC berkata, adalah penting untuk badan-badan yang berkaitan untuk menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, berikutan kekangan yang dihadapi syarikat itu.

JUMAAT, 8 APRIL

Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengumumkan diskaun 50 peratus kepada peminjam Pinjaman Pelajaran Mara yang gagal pengajian bagi meringankan beban hutang mereka.

Menurut Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa, pemberian diskaun ini diberikan kepada mereka yang membuat bayaran balik secara sekali gus daripada baki pinjaman semasa mereka.

Bangunan MARA

SABTU, 9 APRIL

Tony Pua hanya 80 peratus puas hati laporan PAC mengenai 1MDB

Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua, berkata banyak perkara belum diselesaikan termasuk dokumen penting yang masih belum dikemukakan pihak 1MDB sepanjang mesyuarat jawatankuasa itu dijalankan.

Tony Pua

AHAD, 10 APRIL

Laporan PAC mengenai 1MDB dibuat sebulat suara - Pengerusi PAC


Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat secara sebulat suara oleh kesemua 14 anggota PAC termasuk Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Veteran UMNO mahu Tun Mahathir dikenakan tindakan Akta Hasutan


Setiausaha Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub berkata tindakan bekas Perdana Menteri itu telah melampaui batas dan jelas menunjukkan beliau dalam keadaan terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Tun Dr Mahathir

PM Ukraine Arseniy Yatsenyuk umum letak jawatan


Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk mengumumkan peletakan jawatannya pada Ahad susulan krisis politik sejak sebulan lalu yang melumpuhkan kerajaan negara itu.

Arseniy Yatsenyuk

Pengumuman peletakan jawatan berkenaan dilakukan menerusi siaran televisyen pada Ahad, iaitu kurang dua bulan selepas terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen.