KUALA LUMPUR: Malaysia mampu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi dron di sektor sawit dalam tempoh tiga tahun lagi, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Dron-dron ini akan dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) bagi mengenalpasti buah matang dan berkeupayaan untuk mengangkut buah tandan, katanya.
"Kalau ini dapat dilaksanakan, anak muda pasti berminat untuk bekerja dalam industri sawit, seterusnya meningkatkan jumlah pekerja tempatan.
"Ini juga dapat memastikan pekerja asing tetap kekal (di dalam industri) yang lebih mampan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Rabu.
KPPK juga telah mencadangkan penggunaan mekanisme kerajaan dengan kerajaan supaya pengambilan pekerja asing dan agen, insentif serta gaji yang akan diberikan dapat dibuat secara telus dengan negara sumber buruh bagi memastikan negara kekal kompetitif.
"Ini akan dilaksanakan secara pelan jangka panjang kerana kami mahu memastikan bekalan pekerja asing untuk tempoh tiga hingga lima tahun bagi mengekalkan pasaran kami agar tidak tertinggal di belakang China, Indonesia atau negara-negara lain,"jelas beliau.
Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) juga telah ditubuhkan baru-baru ini bagi meningkatkan aktiviti penyelidikan serta pembangunan automasi perladangan sawit dengan penekanan terhadap penggunaan dron, robot termasuk sensor bagi operasi bersepadu dan sistematik.
Sebanyak RM60 juta diperuntukan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021
Kata Zuraida, dron ini akan dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) bagi mengenalpasti buah matang dan berkeupayaan.- Astro AWANI / Shahir Omar
Gaji penjawat awam naik 15 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan gaji penjawat awam melibatkan kos mencecah RM10 bilion dan dianggap terbaik dalam sejarah Kerajaan MADANI.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.
Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin mengingatkan orang ramai supaya tidak mendahului atau menlangkaui kehakiman berhubung keputusan mahkamah yang memerintah Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR.
Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad - Azmin
Ini kerana bekas Naib Presiden PKR itu mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk membuat rayuan di mahkamah.
PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti
Saifuddin Nasution berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Mahkamah perintah Zuraida Kamaruddin bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida diperintah bayar RM10 juta kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.