PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyemak dan mengemas kini maklumat serta status rakyat Malaysia berumur 90 tahun ke atas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ia susulan dakwaan ada rakyat Malaysia yang telah meninggal dunia tidak didaftarkan kematian mereka dalam sistem JPN khususnya mereka yang berumur 90 tahun ke atas.
Hamzah berkata pasukan itu akan menyemak dan mengemas kini maklumat serta status individu berkenaan bagi mengesahkan status sebenar mereka, sama ada masih hidup atau meninggal dunia.
Menurut beliau, antara pendekatan yang digunakan JPN untuk pengesahan status adalah dengan menghubungi waris terdekat dan mencari mereka di alamat terakhir yang didaftarkan dengan JPN.
"Sekiranya mendapati mereka telah meninggal dunia berdasarkan pengesahan waris atau pihak-pihak tertentu, maka JPN akan mendaftarkan kematian mereka berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada," katanya pada majlis sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-73 yang diadakan secara dalam talian hari ini.
Berdasarkan rekod JPN, katanya terdapat 63,620 individu yang berusia 90 tahun ke atas yang masih hidup.
Mengenai urusan pendaftaran pengundi yang berumur 18 tahun, Hamzah berkata JPN sentiasa bersedia membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanakan proses itu.
"JPN sentiasa membantu dan memberikan akses sistem JPN kepada pihak SPR untuk mendapatkan maklumat individu yang layak mengundi serta bagi proses pendaftaran dan semakan daftar pengundi," katanya.
Hamzah dalam pada itu berkata JPN akan terus memperkasa inisiatif turun padang seperti program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) yang bertujuan membantu rakyat tidak berkeupayaan untuk hadir berurusan di pejabat JPN bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri seperti Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan mereka yang tinggal di pedalaman.
Menurutnya, JPN telah menjalankan 4,116 Program Mekar dalam tempoh 2017 hingga 2021, dengan sejumlah 104,517 permohonan diterima merangkumi urusan kad pengenalan, kelahiran dan kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ia susulan dakwaan ada rakyat Malaysia yang telah meninggal dunia tidak didaftarkan kematian mereka dalam sistem JPN khususnya mereka yang berumur 90 tahun ke atas. - Gambar fail/BERNAMA
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Nahas helikopter di Lumut tidak jejas operasi TLDM - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Panglima Tentera Laut ketika ini sedang menyusun atur segala keperluan bagi mengimbangi kekurangan yang berlaku terutama di Pangkalan Lumut dan Sepanggar.
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
JPN terima hampir 60,000 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 59,037 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini.
Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini
Pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke BHEUU, Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.
Sistem PADU: Tiba-tiba semua jadi 'terpaling data’ - Rafizi
Jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai akta tersendiri dalam mengendalikan data awam.
JPN cetak 160,000 MyKid, serah kepada pemohon berperingkat - KDN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencetak 160,000 kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) yang tertunggak sejak Oktober lepas.
Tiada ejen atau orang tengah untuk urusan JPN
Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai ejen atau orang tengah untuk mewakilinya bagi setiap urusniaga dan perkhidmatan.
Empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke JPN hari ini, kemuka salinan dokumen
Empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan, hadir ke pejabat JPN hari ini bagi mengemukakan bukti.
JPN minta empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke pejabatnya
JPN meminta empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan untuk hadir ke pejabatnya.
Kes kehilangan MyKad membimbangkan - JPN
Walaupun jumlah tersebut hanya mewakili empat peratus daripada 200,000 pendaftaran MyKad setahun, kes ini tetap membimbangkan.
Video tular konon pendatang China mohon kerakyatan diulang siar - JPN
Video tular di media sosial kononnya pendatang China memohon kerakyatan negara ini, merupakan video pada 2018 yang diulang siar, kata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).