KUALA LUMPUR menduduki tangga keenam sebagai bandar raya paling dikunjungi oleh pelancong sepanjang 2023.

Fakta ini disiarkan laman web Travelness berdasarkan Indeks Bandar Destinasi Global hasil kajian oleh Mastercard, yang menyenaraikan bandar raya berdasarkan jumlah ketibaan pelawat semalaman antarabangsa dan perbelanjaan rentas sempadan.

Menerusi fakta berkenaan, sebanyak 13.79 juta pengunjung dari seluruh dunia telah datang melawat Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.

Indeks Bandar Destinasi Global meletakkan Kuala Lumpur di tempat keenam bandar raya paling dikunjungi pada 2023.

Justeru, Kuala Lumpur menduduki tangga keenam sebagai bandar raya paling ramai dikunjungi di belakang Bangkok, Paris, London, Dubai dan Singapura.

Sementara itu, New York selesa berada di tangga ketujuh, diikuti oleh Istanbul, Tokyo dan Antalya.

Makkah tersenarai di tangga ke-13 dengan jumlah pengunjung sebanyak 10 juta, diikuti Phuket dan Pattaya, masing-masing menerima pelancong sebanyak 9.89 juta dan 9.44 juta. - Gempak