KUALA LUMPUR: Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan berkata ini adalah bagi mengekalkan disiplin, keselamatan dan kesejahteraan para pelajar.
"Sudah semestinya sekolah, kediaman dan kawasan seumpamanya harus selamat serta berada dalam keadaan kondusif untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan.
"Jika tidak, penyedia dan pengguna institusi terbabit akan berdepan kesukaran dalam enrolmen sama ada para pelajar atau tenaga pengajar," katanya dalam penghakiman bertulis setebal 20 muka surat dalam satu kes buli bertarikh 29 Mac lepas.
Pada 16 Okt 2023, Mahkamah Persekutuan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi memberikan ganti rugi RM600,000 kepada seorang pelajar yang mengalami kerosakan telinga kekal akibat dibuli di sebuah sekolah menengah di Terengganu pada 2015.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, yang bersidang bersama-sama Lim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan itu selepas mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan.
Pada 2 April 2017, seorang pelajar lelaki yang dibuli ketika berusia 14, telah memfailkan saman itu menerusi bapanya terhadap lima pelajar Tingkatan Lima sekolah sama. Mangsa kini berumur 23 tahun.
Lim berkata terdapat keterangan yang mencukupi bagi membuktikan bahawa kesemua pelajar Tingkatan Lima terbabit yang dinamakan sebagai defendan telah menyerang dan memukul mangsa.
"Setiap defendan telah mengaku apabila disoal sama ada mereka telah menyerang mangsa. Mereka telah mengaku memukul, menampar bahagian pipi plaintif (mangsa) berkali-kali dan menyuruh plaintif duduk dalam keadaan mencangkung," katanya.
Beliau berkata defendan keenam hingga kesembilan iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Pengetua, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia adalah kekal bertanggungjawab bagi perlakuan buli serta serangan fizikal yang dilakukan oleh kelima-lima pelajar ke atas mangsa dan kelihatan seolah-olah gagal mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perbuatan itu berlaku.
Menerusi saman itu, mangsa mendakwa beliau telah dipukul, dibuli dan diserang oleh kelima-lima pelajar senior sehingga menyebabkan gegendang telinga kanannya pecah.
Insiden itu yang berlaku pada 26 April 2015 telah mengakibatkan mangsa hilang upaya kekal dan kehilangan pendengaran selain mengalami trauma serta tekanan perasaan yang teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri.
Pada 29 Sept 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan semua kesemua defendan membayar ganti rugi sebanyak RM616,634.20 selepas membenarkan saman plaintif dan mendapati sekolah terbabit cuai dalam membenarkan perlakuan buli berlaku di asrama pengawas.
Bagaimanapun, pada 20 Mei 2021, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan itu dan memutuskan bahawa plaintif telah gagal membuktikan liabiliti kelima-lima pelajar senior yang didakwa memukul, membuli dan menyerangnya serta defendan lain tidak bertanggungjawab terhadap insiden itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah. - Foto fail/Sinar Harian
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Sekolah diseru langgan tiga akhbar utama berbahasa Melayu
Ia sebagai usaha memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.
Sesi akademik 2024/2025: 39,162 murid mula sesi persekolahan di Putrajaya
Jumlah itu membabitkan seramai 1,051 murid prasekolah, 23,096 murid sekolah rendah dan 15,015 pelajar sekolah menengah.
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Sekolah perlu bincang dengan ibu bapa sebelum anjur majlis graduasi di hotel - Exco
Walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan.
Sekolah digalakkan anjur majlis graduasi sederhana namun meriah - Fadhlina
Bagaimanapun, perbincangan dengan ibu bapa serta PIBG di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.
Kod Sukan Selamat akan dilaksanakan di sekolah arus perdana tahun ini
Beliau berkata perkara itu perlu memandangkan terdapat kumpulan besar yang terlibat dengan aktiviti sukan di peringkat sekolah.
Lepas Subuh berjemaah, Madad cadang hantar pelajar ke sekolah
Idea itu timbul selepas melihat kepada sokongan menggalakkan selain mahu melancarkan perjalanan ke sekolah.