PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan beberapa barangan dan objek yang dipercayai boleh dijadikan petunjuk baharu kepada kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penemuan itu diperoleh semasa pemeriksaan dari rumah ke rumah buat kali kedua dilakukan pihak polis di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai dekat sini pada malam Selasa.
Beliau bagaimanapun berkata, analisis dan siasatan lanjut perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap bukti-bukti baharu yang diperoleh tersebut.
"Setakat ini tiada perkembangan positif dalam usaha menjejak pembunuh arwah Zayn Rayyan.
"Kita perlu melakukan analisis terlebih dahulu berhubung semua penemuan-penemuan ini dan masih berusaha mengumpul bukti secukupnya," katanya pada Rabu.
Sementara itu ditanya sama ada terdapat arahan khusus dikeluarkan pihak polis terhadap penduduk untuk kekal di blok mereka ketika pemeriksaan dijalankan, Hussein berkata, penduduk dibenarkan melakukan rutin harian seperti biasa.
Namun begitu kata beliau, sekiranya polis melakukan pemeriksaan dan penghuni tiada di rumah atau berada di luar kawasan, mereka akan dipanggil bagi melakukan mass DNA screening atau ujian DNA beramai-ramai.
Terdahulu pada malam Selasa, hasil pemeriksaan pasukan forensik PDRM selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R apartmen berkenaan, anggota dilihat membawa keluar dua buah kotak dipercayai berisi bahan bukti.
Kotak berkenaan dipercayai mengandungi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak malang tersebut.
Lebih 25 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu bermula pukul 8.40 malam dan berakhir kira-kira 10.30 malam Selasa.
Usaha media untuk mendapatkan gambaran lebih lanjut proses itu terhalang selepas tidak dibenarkan mendekati kawasan mahupun berkumpul di hadapan blok kediaman arwah Zayn. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 13 2023
Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pemerikaan di sekitar Apartmen Idaman, Damansara Damai. - Gambar/ Bernama
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Kes Zayn Rayyan: Polis nafi lambat bertindak
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua pihak boleh menilai sendiri berdasarkan liputan yang dibuat secara meluas sepanjang siasatan dijalankan.
Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan - Pengarah JSJ Bukit Aman
Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ganjaran RM20,000 beri maklumat kes bunuh Zayn Rayyan
Ganjaran ditawarkan sebagai salah satu usaha dalam memastikan individu terlibat dalam kes ini dapat segera dibawa ke muka pengadilan.
Zayn Rayyan sentiasa dalam ingatan - Ibu
Meskipun sudah sebulan setengah pemergian insan istimewa arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin, namun keletah dan aksinya sentiasa dalam ingatan.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN
Siasatan melibatkan pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan
Ayob Khan menegaskan pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan ke atas kes berkenaan.
Polis teruskan siasatan, tidak klasifikasi kes Zayn Rayyan 'NFA'
Hussein Omar memberi jaminan siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak akan dihentikan.
Ibu Zayn Rayyan beri izin orang ramai ziarah kubur
Ismanira berkata ramai yang menyatakan hasrat mahu menziarahi pusara Zayn, terletak di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Kes Zayn Rayyan: Polis tunggu laporan semakan Interpol
PDRM masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis minta bantuan Interpol
Polis memohon bantuan daripada Interpol untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.