KUALA LUMPUR: Pihak sekolah serta kontraktor pembersihan yang telah dilantik disaran mengambil tindakan mengawal pembiakan nyamuk di sekolah yang berisiko menyebabkan demam denggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ini susulan cuti akhir persekolahan yang akan bermula 17 Feb ini, selain sebahagian pelajar sekolah menengah sedang mengikuti pembelajaran secara dalam talian kerana ruangan kelas digunakan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 30 Jan sehingga 15 Mac ini.
Katanya antara tindakan yang boleh dilakukan ialah meletakkan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam pam tandas, tangki air dan kolam hiasan dan memastikan tiada air bertakung di alas pasu, tempat sampah, kon dan mesin penapis air.
"Lupuskan barang lusuh dan hapuskan bekas potensi pembiakan nyamuk Aedes dengan cara berhemah. Lakukan semburan aerosol pada awal pagi, sebelum memulakan ujian SPM atau hari pertama sesi pembelajaran.
"Pakai pakaian yang menutup anggota badan dan gunakan bahan repelan nyamuk di anggota badan yang terdedah semasa melakukan aktiviti luar pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes, iaitu pukul 6 hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 8 malam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi kelima (ME5) tahun ini mencatatkan peningkatan 13 peratus, iaitu 2,159 kes berbanding 1,910 pada minggu sebelumnya, dengan dua kematian direkodkan.
"Kumulatif kes demam denggi dilaporkan sehingga kini adalah 11,127 kes berbanding 3,573 kes bagi tempoh sama tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 7,554 kes. Enam kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding sifar kematian bagi tempoh sama pada 2022," katanya.
Survelan chikungunya pula merekodkan sebanyak 20 kes pada ME5 dengan 10 kes dari Kedah, lima kes dari Kuala Lumpur dan Putrajaya, masing-masing dua dari Pulau Pinang dan Pahang dan satu kes dari Selangor, kata Dr Noor Hisham.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Pihak sekolah serta kontraktor pembersihan disaran mengambil tindakan mengawal pembiakan nyamuk di sekolah yang berisiko menyebabkan denggi.- Gambar hiasan
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.