BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkolaborasi dengan beberapa kementerian untuk mengatasi isu orang tengah dalam usaha membendung kenaikan harga barangan keperluan.
Menteri berkenaan Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata namun usaha itu bukan mudah dan pihaknya menjalankannya secara berterusan termasuk mengadakan libat urus dengan keseluruhan pihak rantaian dan bekalan.
"Bagi mengatasi isu orang tengah supaya harga barang keperluan ditawarkan berpatutan, KPDN berkolaborasi dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam libatkan harga-harga barang import.
"Isu orang tengah ini diatasi secara berhemah dan kita juga sentiasa menjalankan sesi libat urus lebih kerap dengan semua pihak terutama peringkat rantaian serta bekalan. Sekiranya isu orang tengah dapat diatasi pengguna akan dapat harga berpatutan.
"Macam sekarang ini, sayur boleh didapati dengan harga munasabah dan tidak dibimbangi harganya akan naik Ramadan ini malah bekalan ayam dan sayur-sayuran juga sememangnya mencukupi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Memacu Kehidupan di Hari Raya Aidilfitri Inisiatif bersama Bakul Rahmah di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata KPDN turut memberi jaminan bahawa semua barang kawalan terutama minyak masak paket bersubsidi mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri nanti.
"Dalam isu minyak masak paket, tidak timbul sebarang krisis dan bekalan diedarkan sehingga 60,000 metrik tan sebulan untuk seluruh negara, mencukupi setakat ini dan saya juga ada terima aduan dan mengakui bahawa memang terdapat dapat kekurangan bekalan (minyak masak paket) namun ia berlaku di beberapa tempat dan pada masa tertentu sahaja.
"Tapi, kalau aduan itu kita terima cepat, dalam masa yang singkat, pegawai (KPDN) akan bertindak dan pastikan bekalan tersebut diperiksa. Kalau memang betul ada masalah (bekalan) mereka (pegawai) akan usaha untuk dapatkan bekalan dari tempat lain (buat sementara waktu)," katanya.
Salahuddin berkata antara faktor yang menjurus ke arah kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi itu adalah disebabkan oleh pelaksanaan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) dan isu kredit melibatkan peruncit dan pemborong.
Selain bekalan minyak masak paket bersubsidi, katanya bekalan ayam, telur ayam dan sayur-sayuran juga mencukupi sehingga Aidilfitri berdasarkan fakta yang dikongsikan bersama khususnya dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata namun usaha itu bukan mudah dan pihaknya menjalankannya secara berterusan termasuk mengadakan libat urus dengan keseluruhan pihak rantaian dan bekalan. - Gambar fail/BERNAMA
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.