PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa mengambil perhatian terhadap laporan aduan pengurusan berkaitan pekerja domestik asing antaranya majikan tidak membayar gaji dan tindakan tegas telah dikenakan kepada majikan yang melanggar undang-undang terutama Akta Kerja 1955 (Akta 265).
Menterinya V. Sivakumar berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan yang menganiayai pekerja mereka seiring dengan aspirasi KSM untuk memastikan Malaysia bebas daripada amalan buruh paksa.
"Memang dari semasa ke semasa ada kes berkaitan pekerja domestik dan tindakan telah diambil. JTK telah pergi dan lihat serta selamatkan mereka (pekerja) dan tindakan sewajarnya telah diambil dalam kes-kes sebelum ini.
"Kalau ada kes seperti ini berterusan, maka tindakan terhadap majikan dan kita tidak akan memberi muka kepada mana-mana majikan yang tidak mahu menjaga pekerja mereka," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Deepavali KSM 2023 di sini pada Isnin.
Sivakumar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono pada Ahad yang dilaporkan berkata kira-kira 90 peratus aduan diterima Kedutaan Indonesia berkaitan pekerja domestik menunjukkan trend membimbangkan antaranya tidak dibayar gaji bulanan termasuk ada pekerja tidak menerima bayaran selama 19 tahun.
"Saya tidak menafikan tidak ada kes tetapi KSM sentiasa waswas dan sedia mengambil tindakan terhadap mana-mana majikan yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk mendiskriminasi terhadap mana-mana pekerja terutama dari segi amalan buruh paksa," menurut Sivakumar.
Beliau turut meminta Kedutaan Besar Indonesia untuk membuat laporan dengan segera berkaitan isu penganiayaan pembantu rumah Indonesia di negara ini agar JTK dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap majikan yang mengabaikan dan cuai dalam isu pengurusan pekerja domestik.
Dalam perkembangan lain, Sivakumar berkata Dasar Gaji Progresif akan menjadi pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum agar pekerja berkemahiran dan mempunyai produktiviti tinggi mendapat pendapatan yang lebih baik berbanding gaji minimum RM1,500 yang diamalkan pada Isnin.
Beliau berkata walaupun dasar gaji minimum penting untuk negara dalam memastikan setiap pekerja tidak kira tempatan atau pekerja asing menerima satu gaji minimum, perlu juga dilihat kepada model lain berdasarkan produktiviti daripada pekerja.
Menurut Sivakumar Dasar Gaji Progresif telah dibincangkan secara terperinci dan mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Pada 8 Nov lepas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan di Parlimen pada 30 Nov ini bagi menerangkan secara lebih terperinci berkaitan dengan ciri-ciri asas dan mekanisme pelaksanaannya.
Rafizi berkata Dasar Gaji Progresif dibuat bagi membantu negara mencapai sasaran bahagian pampasan pekerja sebanyak 45 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Sivakumar berkata beliau telah mengarahkan JTK supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan yang menganiayai pekerja mereka. - Foto BERNAMA
MAHB lantik Nungsari sebagai pengerusi, Zainun sebagai pengarah
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata Nungsari mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan.
JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran
JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,001 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,302.15 ke negara jiran dalam tiga rampasan berasingan pada 24 April lepas.
Pertemuan penuh makna ibu bapa-anak di Madinah
Seorang anak yang bersyukur dapat bertemu ibu bapanya, jemaah haji Malaysia bagi musim tahun ini menganggap pertemuan mereka di Madinah sebagai sesuatu yang penuh bermakna apabila setahun tidak berjumpa di Malaysia.
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat.
Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.
PM Singapura Lee Hsien Loong serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Kerajaan lulus pemberian vaksin D-TaP kepada ibu mengandung akhir tahun ini
Kerajaan meluluskan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi difteria-tetanus-pertussis (D-TaP) kepada ibu mengandung bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pendaftaran dalam talian dan fi diperkenalkan atasi kesesakan di Gunung Fuji
Wilayah itu menerima maksimum 4,000 pendaki sehari, 3,000 slot disediakan untuk tempahan secara dalam talian.
Serangan Israel keatas Palestin keterlaluan - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata serangan yang dilancarkan oleh Israel keatas Palestin sejak 7 Oktober lalu adalah keterlaluan.
Sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor ukir senyuman buat anak yatim
Sekumpulan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Swani Sivananda Kuala Kubu Bharu diraikan dalam suasana ceria bersempena dengan sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor 2023, pada Sabtu.
Kerajaan tanggung RM30 juta tol percuma semasa Deepavali
Pada tahun 2022, kerajaan menanggung kira-kira RM435 juta disebabkan penangguhan kenaikan tol.
Padah main mercun, lelaki didenda RM8,000
Tindakan lelaki bermain mercun di atas jalan raya di Kuala Sawah, Rantau, Jumaat lalu sehingga tular di Facebook membawa padah apabila dia didenda RM8,000.
KSM sentiasa ambil perhatian aduan berkaitan penganiayaan pekerja domestik asing
Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa mengambil perhatian terhadap laporan aduan pengurusan berkaitan pekerja domestik asing.
Hari Deepavali disambut meriah di seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut meriah di seluruh negara hari ini.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Tol percuma: Masih perlu sentuh Touch n Go, lakukan transaksi untuk rekod perjalanan
Pengarah Urusan PLUS Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata namun begitu tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan.
Deepavali satu jalan membangun Malaysia yang madani - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikannya Ahad ini.
Deepavali: Peningkatan 73 peratus kenderaan di Lebuhraya KL-Karak
Sebanyak 692,000 kenderaan menggunakan lebuh raya KLK bagi tempoh empat hari bermula hari ini.
Kerajaan beri cuti tanpa rekod Deepavali kepada penjawat awam Hindu di Sarawak
Kerajaan bersetuju memberi cuti tanpa rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan menganut agama Hindu yang berkhidmat di Sarawak berkuat kuasa semalam.