BENTONG: Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di Genting Highlands di sini pada Jumaat
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, suspek berusia 45 tahun itu ditahan di lokasi berdekatan pada hari sama.
Menurutnya, mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun ditemui mati di dalam bilik tersebut kira-kira jam 9 pagi.
"Mangsa bekerja sendiri dan hasil semakan memiliki 23 rekod lampau termasuk dadah.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujar Zaiham, suspek pula direman selama tujuh hari bermula 23 hingga 29 Disember ini," kata beliau dalam kenyataan pada Sabtu
Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Zaiham memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Tambah beliau, orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Kita juga ingin memohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 23 2023
Mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun ditemui mati di dalam bilik tersebut kira-kira jam 9 pagi. - Gambar hiasan
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat ditemui di lereng bukit Genting Highlands
Buat masa ini kes disiasat sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
Polis kesan lapan individu bantu siasatan rusuhan di Genting Highlands
Kesemua lelaki itu dikesan hasil pemeriksaan lanjut terhadap kamera litar tertutup (CCTV) kelab itu.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.
Lelaki warga asing pecahkan cermin kereta dicekup
Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan sepasukan polis dari JSJ Kontinjen Johor sekitar jam 3.30 pagi, Ahad di kawasan Genting Highlands.
Wartawan China berjudi di Genting Highlands, ditipu, pukul, kurung
Seorang wartawan China bukan hanya ditipu, tapi dikurung selepas terperangkap dengan tawaran untuk bermain di kasino di Genting Highlands, Pahang, Disember tahun lalu.
Lelaki ditemui mati di bilik hotel, warga asing ditahan
Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di Genting Highlands pada Jumaat
2 lelaki didakwa pecah masuk kasino Genting Highlands curi cip RM4.6 juta
Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memecah masuk sebuah bilik kasino di Genting Highlands dan mencuri 1,160 cip bernilai RM4.6 juta.
Curi cip kasino RM4.6 juta: Polis kesan lima lagi suspek, 10 telah ditahan
Polis Pahang menahan 10 suspek termasuk seorang warga China yang berusia antara 30 dan 59 tahun dalam beberapa serbuan.
Pembinaan plaza tol Genting Highlands di jalan persendirian - LLM
Ujarnya, jalan tersebut merupakan jalan persendirian dan tidak berkaitan dengan Lebuhraya bertol Kuala Lumpur Karak (KL-Karak).
Pembinaan plaza tol Genting Highlands tidak libatkan LLM, KKR - Young Syefura
Projek pembinaan rumah tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands tidak dimaklumkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).