LAPORAN media sosial terhadap desakan satu pihak tertentu untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menghangatkan suasana suhu politik negara malah menimbulkan pelbagai persepsi.
Menyerah jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir kepada Anwar dilaporkan antara keputusan, persetujuan dan perjanjian sulit yang dibuat dalam kalangan pemimpin-pemimpin parti Pakatan Harapan (PH) apabila PH membentuk kerajaan Persekutuan dengan memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada bulan Mei 2018.
Namun, ada pihak tertentu yang berpengaruh, termasuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyuarakan hasratnya agar Dr Mahathir terus memegang jawatan perdana menteri yang disandang sejak PH menguasai Putrajaya agar ia menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.
Malah, segala perancangan untuk memulih dan menyelamatkan ekonomi negara yang kononnya merosot akibat pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 61 tahun dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Parti Pas juga menyokong Dr Mahathir terus menyandang jawatan perdana menteri sehingga PRU ke-15.
Kekuatan Bersatu
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diasaskan dan diterajui Dr Mahathir hanya menang 13 daripada 52 kerusi yang ditandinginya pada PRU ke-14 berbanding PKR yang diterajui oleh Anwar memenangi 48 kerusi Parlimen.
Namun, Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri dengan sokongan daripada parti-parti yang bergabung dalam PH terutamanya sokongan dan persetujuan PKR serta DAP yang memenangi 42 kerusi Parlimen dan Amanah, sebuah parti serpihan Pas yang memenangi 11 kerusi.
Jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi parti-parti yang bergabung dalam PH jelas menunjukkan Bersatu merupakan parti yang paling lemah, malah jumlahnya lebih rendah daripada PKR.
Kedudukan ini yang dikatakan kononnya menyebabkan Dr Mahathir berkompromi dengan kepimpinan PKR supaya beliau dilantik sebagai perdana menteri, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin PKR, dilantik sebagai timbalan perdana menteri apabila PH memenangi PRU ke-14.
Pemikiran dan tindakan strategik Dr Mahathir itu membolehkan PH menjadi kerajaan memerintah. Malah, Dr Mahathir mencatat sejarah dengan dilantik kali kedua sebagai perdana menteri yang ketujuh.
Baik, apakah senario politik negara sekiranya Dr Mahathir tertekan untuk tidak menyerah jawatan perdana menteri yang disandangnya kepada Anwar seperti dijanjikan?
Pelbagai pihak membuat andaian dan spekulasi terhadap isu ini. Antaranya, ada pihak yang membuat andaian bahawa PKR akan keluar daripada PH atau Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen.
Sekiranya Ahli Parlimen PKR meletakkan jawatan, maka akan timbul isu kekurangan bilangan kerusi yang mencukupi bagi PH untuk terus kekal sebagai pemerintah.
Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, maka PH memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi (simple majoriti) daripada jumlah 222 kerusi Parlimen untuk kekal sebagai kerajaan pusat.
Kekurangan majoriti dalam bagi PH akan mengundang kemungkinan Parlimen dibubarkan.
Undi tidak percaya
Dalam pada itu, ada juga pihak yang mengandaikan bahawa Parlimen akan menyaksikan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Dr.Mahathir sekali gus kerajaan PH yang dibawa oleh pihak yang menyokong Anwar kerana kecewa dengan tindakan Dr Mahathir yang tidak menyerahkan jawatannya kepada Anwar.
Sekiranya Dr Mahathir berhadapan dengan senario ini, tiada kepastian semua 50 ahli Parlimen PKR akan menyokong usul tidak percaya terhadap Dr Mahathir.
Ada Ahli Parlimen PKR yang menyokong Mohamed Azmin tidak akan menyokong usul tidak percaya terhadap Dr Mahathir.
Mengikut laporan media, UMNO (37), Pas (18), Warisan (8) dan Amanah (11) sedia memberi sokongan kepada Dr Mahathir untuk terus menyandang jawatan perdana menteri.
Apakah sokongan UMNO, Pas dan lain-lain parti mencukupi untuk menahan PH dan Dr Mahathir terus kekal sebagai kerajaan pusat dan perdana menteri?
Dalam pada itu, Bersatu (26), UMNO (37), Pas (18), Warisan (9) dan Amanah (11) dijangka memberi sokongan kepada Dr Mahathir dalam usaha mematahkan usul undi tidak percaya terhadapnya.
Manakala, DAP (42), Gabungan Parti-Parti Sarawak (18), Parti-Parti Gabungan di Sabah (3) dan bebas (3), MIC (1), MCA (1) dan bebas (3) didapati tidak pasti sokongan mereka kepada mana-mana pihak.
Kedudukan ini menimbulkan suasana limbo politik atau kurang pasti keputusannya.
Dalam pada itu, ada pihak yang menguar-uarkan dalam media sosial kononya DAP akan menyokong Anwar sekiranya didesak untuk memilih antara Dr Mahathir dan Anwar atas hubungan akrab yang tersedia terjalin antara Anwar dan kepimpinan DAP sendiri sejak Anwar dipecat daripada UMNO pada tahun 1999.
DAP pada masa itu menyertai Barisan Alternatif yang ditubuhkan Anwar untuk menentang BN iaitu kepimpinan Dr Mahathir.
Dengan ini, jelas bahawa kedudukan kerajaan PH dan kepimpinan Dr Mahathir adalah sangat tidak stabil malah tergugat.
Persoalannya, apakah PH mampu mengatasi krisis politik yang bakal dihadapi kesan Anwar tidak dilantik sebagai perdana menteri yang kelapan?
Apakah Dr Mahathir mampu menjatuhkan kerajaan BN (UMNO) kepimpinan Najib dengan strategi berpakat dengan DAP, iaitu musuh ketatnya sejak dilantik sebagai Ahli Parlimen pada tahun 1964 dapat mengatasi serangan daripada kumpulan penyokong Anwar pada kali ini?
Atau apakah PH yang ditubuhkan pada tahun 2017 akan hilang daripada radar medan politik Malaysia?
*Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Sat Aug 03 2019
PERIASAMY: Apakah PH mampu mengatasi krisis politik yang bakal dihadapi kesan Anwar tidak dilantik sebagai perdana menteri yang kelapan? - Gambar BERNAMA
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.