KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Pengerusinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini selari dengan wawasan MATRADE untuk menjalin perkongsian antarabangsa dan mempromosikan produk Malaysia kepada khalayak yang lebih meluas.
"Kami sedang merangka pelan pengembangan kami di luar dari Dubai untuk meneroka peluang memperkenalkan MIHAS ke pasaran seperti China, Eropah dan Asia Tengah.
"Dengan berkembang ke rantau ini, kami berusaha untuk mencipta peluang baharu bagi perdagangan dan kerjasama, yang bakal melonjakkan MIHAS ke tahap yang tidak pernah dicapai sebelum ini," katanya dalam ucapan alu-aluan beliau pada pada majlis prapelancaran MIHAS, pada Khamis.
MATRADE bakal menganjurkan MIHAS@Dubai pada 18-20 Nov, 2024 dan menyasar meraih jualan berjumlah RM1 bilion.
Beliau berkata MIHAS@Dubai adalah bukti komitmen agensi itu terhadap penjenamaan Malaysia dan berharap pameran tersebut akan menjadi saluran untuk meningkatkan reputasi negara sebagai peneraju dalam industri halal global.
Sementara itu, Reezal Merican berkata edisi ke-20 MIHAS (MIHAS 2024) yang menampilkan 2,000 reruai pameran dari 45 negara termasuk Malaysia, disasar menarik lebih 40,000 pengunjung perdagangan.
Pameran itu yang bertemakan "Globalising Halal Innovations" (Mengglobalkan Inovasi Halal) mempamerkan produk, perkhidmatan dan teknologi halal yang paling inovatif melalui 14 kluster terpilih termasuk bahan halal sebagai kluster terkini.
Beliau berkata elemen inovasi dan kemampanan akan dipamerkan dalam produk dan perkhidmatan yang dipromosikan semasa MIHAS 2024.
"Segmen produk ini termasuk farmaseutikal, kewangan Islam, teknologi kewangan, gaya hidup, fesyen sederhana, ramuan makanan dan perkhidmatan berkaitan," katanya.
Selain daripada pameran itu, 500 pembeli antarabangsa dijangka mengambil bahagian dalam Program Penyumberan Antarabangsa, termasuk 20 pembeli premium dalam mesyuarat yang telah diatur, yang akan diadakan secara maya atau fizikal, dengan pengeksport Malaysia.
Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata industri halal menjadi salah satu keutamaan MITI dan MIHAS merupakan antara platform paling berkesan untuk menghubungkan perniagaan halal di seluruh dunia.
"Tahun lepas merupakan pencapaian terbaik bagi MITI dan MATRADE dengan peserta pameran meraih jualan bernilai RM3.20 bilion, sekali gus menonjolkan MIHAS sebagai peneraju dalam perdagangan halal global," katanya dalam ucapan beliau pada majlis itu yang disampai secara maya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Reezal Merican berkata edisi ke-20 MIHAS (MIHAS 2024) yang menampilkan 2,000 reruai pameran dari 45 negara termasuk Malaysia, disasar menarik lebih 40,000 pengunjung perdagangan. - Gambar Bernama
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi telah mempamerkan koleksi Autumn/Winter 2024 di Minggu Fesyen Paris bermula 29 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024.
Nilai perdagangan Malaysia lepasi RM2.64 trilion, China rakan dagang terbesar
Nilai perdagangan Malaysia direkodkan melepasi RM2 trilion selama tiga tahun berturut-turut dengan China terus menjadi rakan dagang terbesar negara.
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji
New Zealand dan Fiji adalah antara empat rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran utama di rantau ini.
Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023
Matrade akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov, 2023.
MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 telah melepasi sasaran jualannya sebanyak RM2.5 bilion pada hari ketiga, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion
Penyertaan pempamer dari China dalam bilangan yang besar menyumbang kepada peningkatan sasaran jualan MIHAS tahun ini.
Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).