KUALA LUMPUR: Filem Mechamato terbitan syarikat tempatan Animonsta Studios (Monsta), yang melakar sejarah tersendiri sebagai animasi pertama dari luar Jepun memenangi Anugerah Peminat Anime, menerima anugerah itu hari ini di Festival Anugerah Anime Tokyo (TAAF) 2023.
Monsta dalam satu kenyataan memaklumkan Mechamato layak menerima anugerah itu selepas mendapat sambutan menggalakkan apabila ditayangkan di Cartoon Network dan Netflix Jepun tahun lepas.
Ketua Pegawai Kreatif Monsta Anas Abdul Aziz menerima anugerah itu dengan memakai baju Melayu biru muda mewakili syarikat berkenaan pada majlis yang berlangsung di Tokyo selama empat hari dari 10 hingga 13 Mac.
Menerusi ciapan di akaun Twitter, Anas menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan beliau kepada mereka yang sudi mengundi Mechamato.
"Alhamdulillah. Terima kasih kepada setiap peminat yang sudi mengundi kami dari seluruh Rantau Asia Pasifik. Kami akan terus bekerja keras dan membawa AniMY (animasi Malaysia) ke destinasi baharu dan pada masa sama, turut mengeksport budaya kami," katanya.
Kenyataan itu menyebut Monsta berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Jepun, yang sememangnya terkenal dengan industri animasi hebat di mana Mechamato mampu menawan hati penonton negara itu terutama dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga.
Mengulas rancangan masa depan Monsta untuk mengembangkan siri animasi itu di Jepun, Anas berkata Mechamato Musim Kedua sudah selesai menjalani proses alih suara untuk jadual siaran di negara berkenaan manakala Mechamato Musim Ketiga sedang dalam pembikinan.
Mechamato kini berada di tangga teratas dalam kategori filem animasi tempatan serta ditayang di rangkaian pawagam Indonesia dan Singapura kerana ia telah dialih suara sepenuhnya ke dalam Bahasa Inggeris.
Sebelum ini, Anugerah Peminat Anime telah dimenangi oleh beberapa filem ikonik seperti Idolish Seven pada 2021 dan 2022, Uta no Prince-sama pada 2020 dan Yuri!!! On ICE pada 2018 dan 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023
Mechamato kini berada di tangga teratas dalam kategori filem animasi tempatan serta ditayang di rangkaian pawagam Indonesia dan Singapura kerana ia telah dialih suara sepenuhnya ke dalam Bahasa Inggeris. - Foto Twitter @nizamabdrazak
MAHB lantik Nungsari sebagai pengerusi, Zainun sebagai pengarah
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata Nungsari mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan.
JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran
JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,001 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,302.15 ke negara jiran dalam tiga rampasan berasingan pada 24 April lepas.
Pertemuan penuh makna ibu bapa-anak di Madinah
Seorang anak yang bersyukur dapat bertemu ibu bapanya, jemaah haji Malaysia bagi musim tahun ini menganggap pertemuan mereka di Madinah sebagai sesuatu yang penuh bermakna apabila setahun tidak berjumpa di Malaysia.
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat.
Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.
PM Singapura Lee Hsien Loong serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Kerajaan lulus pemberian vaksin D-TaP kepada ibu mengandung akhir tahun ini
Kerajaan meluluskan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi difteria-tetanus-pertussis (D-TaP) kepada ibu mengandung bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pendaftaran dalam talian dan fi diperkenalkan atasi kesesakan di Gunung Fuji
Wilayah itu menerima maksimum 4,000 pendaki sehari, 3,000 slot disediakan untuk tempahan secara dalam talian.
Serangan Israel keatas Palestin keterlaluan - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata serangan yang dilancarkan oleh Israel keatas Palestin sejak 7 Oktober lalu adalah keterlaluan.
Pelancaran semula Mechamato Monsta di Roblox: Permulaan era baru pengembaraan
Monsta mengumumkan pelancaran semula "Mechamato Robot Battle" dalam Roblox bermula 13 Okt lepas, dengan matlamat untuk mengembangkan permainan menjadi pengembangan dunia yang luas.
Mechamato, Omar & Hana ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2023
Ejen Ali, Mechamato dan Boboiboy merupakan antara tarikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023.
Mechamato terima Anugerah Peminat Anime di Tokyo
Mechamato layak selepas mendapat sambutan menggalakkan apabila ditayangkan di Cartoon Network dan Netflix Jepun tahun lepas.
Filem animasi Mechamato menang Anime Fan Award di TAAF 2023
Filem animasi Mechamato mencipta sejarah tersendiri apabila membawa pulang anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival 2023 (TAAF).
Mechamato promosi budaya Malaysia, di pawagam mulai 8 Disember
Penonton juga akan disajikan dengan persembahan silat termasuk elemen tradisional seperti destar, keris, beca, dan makanan tradisi seperti karipap.
Mechamato cipta sejarah, tercalon di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023
Mechamato akan mengeluarkan filem blokbuster yang terulung pada 8 Disember depan di seluruh pawagam negara.
'Mechamato' bakal ditayang 8 Disember ini
Penggemar siri animasi 'BoBoiBoy' tidak akan mahu terlepas aksi siri dan filem animasi 'Mechamato' ciptaan syarikat MONSTA yang akan ditayangkan tahun ini.
'Mechamato' berjaya tawan 65 negara di seluruh dunia
Animasi Mechamato berjaya memperoleh hak siaran di 65 buah negara dan dibangunkan dengan sokongan dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).