KUALA LUMPUR: Pengamal media mula tertumpu di perkarangan sebuah hotel di ibu negara petang ini selepas dilaporkan terdapat pertemuan pemimpin parti politik sedang berlangsung.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati terdapat beberapa kenderaan dipercayai membawa pemimpin kanan politik memasuki kawasan tempat letak kenderaan hotel tersebut pada jam 4.15 petang.
Bagaimanapun, tidak dapat disahkan berapakah jumlah sebenar pemimpin yang hadir dalam pertemuan berkenaan.
Terdahulu, beberapa media melaporkan, kelibat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO dilihat memasuki hotel berkenaan kira-kira pukul 2.45 petang.
Selain itu, difahamkan, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional, turut berada di hotel berkenaan.
Portal The Vibes melaporkan, usaha sedang giat dijalankan untuk mengumpul surat akuan bersumpah (SD) bagi membolehkan Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri seterusnya.
BACA: Muhyiddin akan letak jawatan esok?
BACA: Ismail Sabri, Hamzah Zainudin hadir mesyuarat tergempar - Laporan
Laporan yang sama menyebut, SD itu turut menyokong Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Larut sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Ismail Sabri.
“Untuk menawarkan jawatan berkenaan Naib Presiden UMNO Ismail Sabri – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kini – membawa maksud ia satu kekalahan untuk Bersatu.
“Biarpun Hamzah masih boleh mengekalkan portfolionya, iaitu sebagai Menteri Dalam Negeri (jika dilantik sebagai TPM),” menurut laporan itu lagi.
Sementara itu, portal The Malaysian Insight memetik sumber sebagai berkata, Muhyiddin akan mempersembahkan dua nama calon Perdana Menteri yang baharu, sewaktu beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Isnin.
Sumber tersebut memberitahu portal berkenaan, dua nama yang akan dipersembahkan ialah Ismail Sabri sendiri, serta Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong.
Bagaimanapun difahamkan, majoriti pimpinan kanan dalam Bersatu tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan, dan masih merasakan parti mereka perlu menerajui kerajaan yang baharu.
Astro Awani
Sun Aug 15 2021
Kelihatan terdapat beberapa kenderaan dipercayai membawa pemimpin memasuki kawasan tempat letak kenderaan hotel tersebut pada jam 4.15 petang. - Foto Astro AWANI
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.