KUALA TERENGGANU: Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menggesa Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras segera mengedarkan beras putih tempatan ke pasar raya di seluruh negara.
Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata berdasarkan tinjauan pihaknya melalui Pasukan Penggerak MADANI, hanya sebilangan kecil pasar raya yang mempunyai bekalan beras putih tempatan.
"Pasukan saya sebanyak 70 orang setiap dua hari akan pergi ke sekurang-kurangnya 70 lokasi untuk memantau dan memastikan keberadaan beras putih tempatan di pasar raya.
"Laporan daripada pasukan ini mendapati hanya sedikit sahaja pasar raya yang mempunyai beras putih tempatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau bekalan beras putih tempatan di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Beliau berkata bekalan beras putih tempatan yang dijual pada harga siling RM26 untuk setiap 10 kilogram amat diperlukan rakyat terutama pada bulan puasa ini dan menjelang Aidilfitri nanti.
Sebelum ini Mesyuarat NACCOL Bil 1/2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan empat perkara untuk mengatasi isu kekurangan beras di pasaran.
Antara tindakan itu ialah kerajaan mengarahkan semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta-merta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Syed Abu Hussin Hafiz berkata, hanya sebilangan kecil pasar raya yang mempunyai bekalan beras putih tempatan. - Gambar hiasan/Freepik
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Kajian penstabilan barang Sabah, Sarawak dan Labuan ambil enam bulan - Armizan
Pelaksanaan kajian penstabilan harga barang Sabah, Sarawak dan Labuan, dijangka berlangsung dalam tempoh enam bulan.
'Beras putih tempatan masih tidak kelihatan' - Syed Abu Hussin
BPT masih tidak kelihatan dalam pasaran meskipun selepas Perdana Menteri mengarahkan stok bekalan barang keperluan itu diedarkan ke seluruh negara.
Wujudkan satu gred harga bagi beras putih - Syed Abu Hussin
Kerajaan dicadang untuk mewujudkan satu gred harga beras putih di negara ini bagi mengelak sebarang manipulasi Beras Putih Tempatan (BPT).
FAMA tingkat pengedaran beras tempatan 2,500 tan metrik bermula bulan depan
Langkah itu juga atas permintaan mesyuarat NACCOL baru-baru ini agar FAMA meningkatkan lagi pengedaran beras.
NACCOL gesa kawal selia padi dan beras segera edar beras putih tempatan
Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menggesa Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras segera mengedarkan beras putih tempatan ke pasar raya di seluruh negara.
PM Anwar mahu penguatkuasaan lebih kerap tangani isu beras tempatan
Pendekatan pemantauan dan penguatkuasaan itu menuntut perubahan bagi memastikan edaran BPT lebih berkesan.
Perlu penguatkuasaan tegas, pastikan penurunan harga beras putih import tercapai
Ia bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu tercapai.
Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM Anwar
NACCOL hari ini bersetuju agar DOSM membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.
Harga beras putih import turun RM2-RM3 bermula esok
Kerajaan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersetuju supaya harga jualan runcit beras putih import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa esok.
NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok
Cadangan menjadikan NAFAS sebagai alternatif pengimport beras serta pengeluar beras putih tempatan akan dibentangkan dalam mesyuarat NACCOL esok.