PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencatatkan nilai rampasan berjumlah RM558,956 atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Pantau 2024 di seluruh negara sejak 12 Mac hingga semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia adalah hasil pemeriksaan terhadap 38,126 premis melibatkan bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan penjualan secara dalam talian.
"Sebanyak 1,216 aduan diterima daripada pengguna bagi tempoh sama melibatkan pelbagai kategori aduan.
"Antara kesalahan diambil tindakan ialah kegagalan meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barang tiruan," katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) Bahagian Penguat Kuasa KPDN di sini hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan Ops Pantau digerakkan sepenuhnya melalui Sistem Pengurusan Penguatkuasaan Bersepadu (IEMS) bagi membolehkan tindakan susulan pantas dan berkesan dilaksanakan.
Armizan berkata IEMS diguna pakai sepenuhnya di seluruh negara awal tahun ini setelah melalui proses pembangunan fasa dua melibatkan penaiktarafan kaedah pemeriksaaan dan pengkompaunan.
Beliau berkata proses penaiktarafan turut meliputi modul kawalan selia harga dan bekalan, harta intelek, pengurusan penguatkuasaan dan aplikasi mudah alih bagi kegunaan operasi pegawai penguat kuasa menerusi telefon bimbit, tablet, komputer riba serta pencetak.
Menurutnya, proses penaiktarafan itu membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan menggunakan konsep 5P iaitu perisikan, pemeriksaan, penyiasatan, pendakwaan dan pengurusan ekshibit.
"Sistem ini akan terus ditambah baik menjelang 2026 bagi memastikan aktiviti penguatkuasaan dapat dijalankan secara pantas menggunakan kaedah penguatkuasaan secara digital.
"Aduan direkodkan secara masa nyata maka tiada istilah kompaun boleh dibatalkan oleh pegawai penguat kuasa KPDN yang berada di lapangan," katanya.
Mengenai ECC, Armizan berkata pusat arahan itu akan beroperasi seperti biasa pada cuti umum Hari Raya bagi memastikan tugas penguatkuasaan dan pemantauan diteruskan.
"Fokus utama adalah memastikan keberadaan bekalan barang dan kestabilan harga barangan keperluan sepanjang musim perayaan ini," katanya.
ECC di ibu pejabat KPDN beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 8 malam manakala ECC di pejabat KPDN negeri beroperasi 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Armizan berkata IEMS diguna pakai sepenuhnya di seluruh negara awal tahun ini setelah melalui proses pembangunan fasa dua melibatkan penaiktarafan kaedah pemeriksaaan dan pengkompaunan. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.