KUALA LUMPUR: Harga atau caj perkhidmatan 5G pada masa hadapan dijangka jauh lebih rendah berbanding kos penggunaan 4G ketika ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Digital Nasional Berhad (DNB) akan mengenakan caj kurang daripada 20 sen bagi setiap Gigabit untuk 5G kepada syarikat telekomunikasi berbanding kos tambahan bagi setiap Gigabit 4G yang dihasilkan syarikat telekomunikasi.
"Tambahan lagi, DNB akan melaksanakan rangkaian 5G melalui rangkaian borong tunggal atau 'single wholesale network' (SWN) bagi tujuan ini.
"Kerajaan sedar isu serta cabaran telekomunikasi SWN di negara lain dan telah mengambil langkah untuk memastikan kesilapan yang sama tidak berlaku di Malaysia.
"Melalui model ini, setiap syarikat telekomunikasi dijangka akan membayar DNB antara RM3.5 bilion hingga RM4 bilion dalam tepoh 10 tahun akan datang atau kira-kira purata RM350 hingga RM400 juta setahun.
"Ini adalah jauh lebih rendah daripada jumlah RM1 bilion iaitu perbelanjaan modal untuk 4G yang dilaburkan oleh syarikat telekomunikasi setiap tahun," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang ingin tahu sama ada caj 5G akan lebih murah berbanding penggunaan 4G.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata syarikat telekomunikasi akan mendapat penjimatan lebih dari 50 peratus dan penjimatan tersebut dapat mengurangkan harga perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan atau pengguna.
Malah katanya, syarikat telekomunikasi juga masih boleh membayar lebih banyak dividen kepada pemegang saham mereka.
"Selain daripada kos yang lebih rendah dan tanpa modal perbelanjaan yang ketara, syarikat telekomunikasi juga akan dapat menyampaikan perkhidmatan 5G lebih awal berbanding dengan sekiranya mereka melancarkannya sendiri," ujarnya.
Justeru katanya, ia bakal membawa manfaat yang besar kepada rakyat, perniagaan dan kerajaan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Nov 25 2021
Setiap syarikat telekomunikasi dijangka akan membayar DNB antara RM3.5 bilion hingga RM4 bilion dalam tepoh 10 tahun akan datang atau kira-kira purata RM350 hingga RM400 juta setahun. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.