KUALA LUMPUR: Polis menahan 18 individu termasuk empat wanita warga asing ketika sedang asyik mengadakan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, awal pagi Rabu.
Siasatan awal mendapati, promosi parli liar itu yang dilakukan menerusi aplikasi WeChat itu dikenakan kadar bayaran RM150 bagi sewaan satu bilik untuk tempoh tiga jam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memberitahu, polis mendapati suspek berusia 27 tahun yang merupakan penganjur parti liar itu dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak awal bulan ini.
Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, kesemua suspek yang berusia 19 hingga 42 tahun itu sedang melayan muzik kuat sambil minum alkohol.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis turut merampas satu bungkusan serbuk disyaki dadah dengan anggaran berat 27.5 gram," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Menurut Eng Lai, ujian saringan air kencing mendapati 12 daripada suspek itu positif dadah jenis amfetamin, metamfetamin dan ketamin.
Beliau turut memaklumkan, polis mengeluarkan kompaun RM4,000 bagi setiap seorang di bawah Peraturan 17, Peraturan - Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berj angkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (PPN) 2021 .
"Kita juga menahan reman mereka hari ini, bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dilakukan," tambahnya.
Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai supaya tidak terjebak dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang termasuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Umavathi Ramayah
Wed Aug 11 2021
Beh Eng Lai memberitahu, polis mendapati suspek berusia 27 tahun yang merupakan penganjur parti liar itu dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak awal bulan ini. - Gambar fail/BERNAMA
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari
Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan tabung khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi orang ramai menghulurkan bantuan kewangan.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar – Arab Saudi, Turkiye, Jordan dan Mesir
A conversation with Antony Blinken, United States Secretary of State | 29 April 2024
A Conversation with Antony Blinken, United States Secretary of State
#SpecialMeeting24
A Conversation with Antony Blinken, United States Secretary of State
#SpecialMeeting24
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
Pasangan suami isteri bancuh susu bayi dengan air syabu didakwa pada Rabu
Sepasang suami isteri yang hampir menyebabkan kematian bayi lelaki mereka selepas tersalah membancuh susu dengan cecair syabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling, pada Rabu.
'Buat ujian saringan kepada pelancong China'
Ia susulan terdapat laporan mengenai peningkatan penyakit berkaitan pernafasan dan radang paru-paru melibatkan kanak-kanak di China.
Polis Melaka tumpas sindiket pengedaran dadah dengan nilai terbesar RM6.94 juta tahun ini
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan terbesar di Melaka tahun ini susulan penahanan tiga lelaki tempatan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM6.94juta.
Lakukan saringan penyakit kardiovaskular seawal 30-an, elak komplikasi kekal
Ujian saringan penyakit kardiovaskular perlu dijalankan seawal usia 30-an, mengambil kira kadar kelaziman kes penyakit tiga serangkai kini, semakin meningkat pada usia muda.
Polis rampas dadah bernilai RM398,600 di Tanah Merah
Polis merampas 36,200 biji pil yaba dan 183 gram syabu bernilai RM398,600, dalam dua serbuan berasingan sempena Ops Tapis di sini, semalam.
Lelaki positif dadah ditahan selepas memandu secara berbahaya
Polis menahan seorang lelaki dipercayai positif dadah jenis methamphetamine yang memandu kereta secara melulu dan berbahaya kerana hendak melarikan diri daripada pemeriksaan polis.
66 ditahan positif dadah dalam operasi khas pusat hiburan
Polis menahan 66 individu termasuk 17 warga asing atas pelbagai kesalahan dadah dalam operasi khas pusat hiburan di daerah Timur Laut dan SPT bermula semalam hingga awal hari ini.
Individu tidak sihat disaran tangguh perjalanan balik kampung - Pakar Kesihatan
Individu yang tidak sihat terutama pesakit COVID-19 dan ingin pulang beraya ke kampung dinasihatkan untuk menangguhkan dulu perjalanan buat sementara waktu bagi mengelakkan jangkitan.
China buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing
China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan dasar "toleransi sifar" terhadap jangkitan COVID-19.