PUTRAJAYA: Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institut pengajian tinggi (IPT) secara hibrid atau secara dalam talian adalah dibenarkan, tertakluk kepada keputusan pihak universiti itu sendiri, kata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
KPT dalam kenyataan hari ini berkata, IPT juga perlu mempunyai kapasiti untuk menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PdP yang ketat.
Ia susulan pengumuman kerajaan semalam yang membenarkan kemasukan pelajar IPT di bawah KPT ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini, dengan jumlah kemasukan pelajar 70 hingga 100 peratus mengikut kapasiti IPT masing-masing.
"Keputusan ini dibuat bagi memberi fleksibiliti kepada IPT dalam menentukan mod pembelajaran yang sesuai, selain memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dan menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan dalam kampus," kata KPT.
KPT turut memberi jaminan bahawa aspek keselamatan dan kesihatan pelajar menjadi keutamaannya dalam proses kemasukan dan keberadaan pelajar di kampus, serta akan memastikan kemasukan pelajar ke kampus berjalan lancar.
Pelajar yang pulang ke kampus diminta terus mengamalkan penjarakan fizikal dan kebersihan diri, manakala aktiviti sukan dan riadah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM), katanya.
Antara SOP ditetapkan KPT dan KKM adalah pelajar dan staf yang lengkap dan tidak lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke kampus, namun mereka yang tidak lengkap vaksinasi perlu membuat ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) dan berkeputusan negatif tiga hari sebelum masuk ke kampus.
Untuk maklumat lanjut, pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT di talian 03-88706777/6949/6623/6628, melayari laman web IPT atau menghubungi pegawai penyelaras IPT masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022
Aspek keselamatan dan kesihatan pelajar menjadi keutamaan KPT dalam proses kemasukan dan keberadaan pelajar di kampus. - Gambar hiasan
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Laksana pengajaran lebih banyak subjek menggunakan bahasa kebangsaan - Prof Ulung
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan bagi lebih banyak subjek di semua sekolah akan bantu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Kurikulum Kita: Mansuhkan pemisahan murid mengikut aliran di sekolah - Pakar pendidikan
Murid seharusnya diberikan ruang untuk belajar apa yang mereka suka dan mengikut kecenderungan mereka.
KPM nilai semula subtopik yang tidak selari dengan keperluan murid
KPM memaklumkan tindakan tersebut, dijalankan merujuk kepada aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
KPM benar semula aktiviti luar bilik darjah
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan menerusi surat siaran dan garis panduan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa.
Guru bahagia lahirkan pelajar berjaya
Bergelar seorang guru bukan satu tugas yang mudah namun menuntut kecekalan dan minat mendidik yang tinggi.
Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, UNESCO usaha martabat bahasa orang asli
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) meneruskan usaha mengangkat martabat bahasa orang asli di seluruh dunia.
Belanjawan 2023: Penyaluran dana pendidikan harus berpaksi data, pemantauan berterusan
Pelajar-pelajar ini bukan sahaja keciciran kerana situasi pandemik yang melanda dua tahun lalu, sebaliknya sudah bermula sejak bertahun lamanya
Tragedi Batang Kali: Enam guru baharu ganti tenaga pengajar terkorban
Tenaga pengajar baharu akan menggantikan sesi pengajaran enam guru yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, dua minggu lalu.
KPM tangguh cadangan kembalikan sesi persekolahan bermula Januari
Keputusan untuk menangguhkan cadangan tersebut susulan mengambil kira aspek terhadap kebajikan guru, murid dan kesan kepada ekonomi negara.