KEMAMAN: Seorang buruh ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 18 tahun itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa berhubung perbuatan terkutuk tersebut.
"Berdasarkan laporan, kejadian berlaku di rumah mangsa di daerah ini pada awal Januari lalu.
"Susulan itu, mangsa memberitahu kakaknya sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Chukai pada jam 1.20 pagi Sabtu.
"Sebaik sahaja menerima laporan, polis telah menahan suspek di tepi jalan kira-kira 1.30 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Hanyan berkata, pihaknya turut menahan bapa tiri mangsa yang merupakan dalang kejadian tersebut.
Katanya, lelaki berusia berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi di rumah mangsa.
Hanyan berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman esok untuk dapatkan perintah tahanan reman. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 20 2024
Kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Kemaman pada awal Januari lalu. - Gambar hiasan
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, pada Isnin.
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.
Semua suspek kes rogol pengembara Sepanyol di India ditangkap
POLIS India menahan semua suspek terbabit dalam kes rogol seorang vlogger pengembaraan Sepanyol yang sedang dalam jelajah motosikal bersama suaminya minggu lalu.
Lelaki warga Pakistan tukar pengakuan tidak bersalah kes rogol di Jejantas KTM Serdang
Muhamad Mudasar, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh bagi menukar pengakuan yang dibuatnya pada prosiding sebelum ini.
Bapa didakwa rogol, amang seksual fizikal anak kandung
Bapa dua anak didakwa di Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas pertuduhan merogol anak kandung, melakukan amang seksual fizikal, ugut bunuh dan melibas parang terhadap isterinya.
Salah laku pegawai, anggota menconteng arang ke muka PDRM - KPN
Integriti yang utuh dan tata kelola yang baik akan menjadi benteng kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada terjebak melakukan rasuah dan salah laku.
Kongsi aktiviti anak di media sosial undang risiko jenayah seksual
Perkongsian ibu bapa mengenai aktiviti harian anak mereka secara terbuka di media sosial mengundang risiko kepada perlakuan jenayah seksual.
Pelajar Tingkatan 4 dirogol buruh, bapa tiri jadi dalang
Seorang buruh ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sini pada Sabtu.
Tiga lepasan SPM, rakan didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun
Tiga pelajar lepasan SPM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
Penganggur direman disyaki rogol pelajar 14 tahun
Seorang penganggur direman selama tujuh hari bermula Khamis selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.