KUALA LUMPUR: Pendapatan sektor telekomunikasi diunjur menguncup sedikit bagi tahun kewangan 2024 berikutan keuntungan yang lebih rendah dan persaingan sengit dalam pasaran mudah alih, kata AmInvestment Bank Bhd.
Bagaimanapun, bank itu mengekalkan saranan neutral pada sektor berkenaan dalam persekitaran berhati-hati disebabkan ketidaktentuan kemajuan pelan perniagaan rangkaian borong dwi (DWN) 5G, kekurangan pemacu pertumbuhan, dan kos operasi yang tinggi kesan daripada penyelenggaraan teknologi yang berterusan dan proses pemodenan tapak.
"Mungkin terdapat risiko kawal selia berikutan kerajaan mendesak penyediaan ketersambungan mudah alih pada harga yang lebih rendah," katanya dalam satu nota penyelidikan pada Jumaat.
Menurut AmInvestment, walaupun keputusan suku keempat bagi tahun kewangan 2023 sektor telekomunikasi seperti yang dijangkakan, namun Axiata Group mengatasi unjuran, berikutan prestasi kukuh daripada XL Axiata dan Robi Bangladesh.
"Pendapatan CelcomDigi Bhd dan Maxis Bhd pula terjejas oleh segmen prabayar yang merosot dan kos faedah yang lebih tinggi.
"Sementara itu, keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) meningkat dengan pertumbuhan dua angka pada tahun kewangan 2023 bersandarkan penjimatan kredit cukai dan kos faedah yang lebih rendah," katanya.
AmInvestment mengulangi saranan 'beli' untuk TM dengan nilai saksama RM7.02 sesaham kerana ia dijangka menikmati pendapatan perniagaan borong yang lebih tinggi daripada pelancaran 5G dan permintaan daripada pusat data.
"Pada masa kini, Singapura mempunyai kapasiti yang terhad bagi memenuhi permintaan daripada industri pusat data kerana kebimbangan terhadap alam sekitar dan kawal selia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Pendapatan sektor telekomunikasi diunjur menguncup sedikit bagi tahun kewangan 2024 berikutan keuntungan yang lebih rendah dan persaingan sengit dalam pasaran mudah alih, kata AmInvestment Bank Bhd. - Gambar hiasan/BERNAMA
Polis tumpaskan 'Geng Capang' terlibat kes pecah bangunan di Kedah, Perak
Polis menumpaskan 'Geng Capang' dengan penahanan 11 individu termasuk tiga wanita yang dipercayai aktif melakukan jenayah pecah bangunan kerajaan dan sekolah di Kedah dan Perak.
Apa kesudahan 'Takdir Itu Milik Aku'? Jom layan dua episod akhir malam ini
Takdir Itu Milik Aku lakonan mantap Shaheizy Sam dan Emma Maembong itu bakal membakar adrenalin penonton menerusi episod akhirnya nanti.
Ops Samba SPRM: Sindiket guna orang tengah rasuah penguat kuasa
Sindiket tersebut dipercayai melakukan perbuatan penyeludupan dan merasuah pegawai agensi penguatkuasa itu sejak 2017 hingga 2024.
Pantau Agenda Reformasi: Subsidi Diesel Bersasar: Ada yang masih tertinggal?
Penyasaran subsidi bahan api diesel, apa manfaat besar untuk rakyat dan negara. Rasionalisasi subsidi, apa perkara lain yang juga diberi pertimbangan?
Kenaikan gaji: Negeri Sembilan perlu wujudkan kaedah nilai prestasi penjawat awam - MB
Kerajaan Negeri Sembilan perlu mewujudkan kaedah penilaian prestasi kerja dan kecekapan penjawat awam bagi menentukan sama ada mereka berhak menerima kenaikan gaji atau tidak.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$113.3 bilion setakat 15 Mei, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada AS$113.3 bilion setakat 15 Mei, 2024.
KPDN Kelantan tempatkan anggota di stesen minyak sempadan negara
Setakat ini, anggota KPDN telah ditempatkan di stesen terpilih di dua daerah iaitu Tumpat dan Pasir Mas sejak 1 Mei lalu.
Lelaki OKU mengaku tidak bersalah pukul isteri dengan penyapu
Seorang lelaki OKU mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan sebatang penyapu.
Pesta dalam tren di luar pengetahuan MOT – Loke
KTMB telah memberikan penjelasan dan menyatakan akan lebih tegas dalam garis panduan dan acara yang akan diadakan di tren miliknya pada masa hadapan.
Pasangan kekasih mengaku salah abaikan bayi di kedai ayam
Sepasang kekasih mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka berusia tujuh hari, Sabtu lepas.
MAG catat untung bersih RM766 juta, kali pertama sejak 2010
MAG kembali untung dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM766 juta pada TK2023, berbanding kerugian bersih sebanyak RM344 juta pada TK2022.
Pendapatan sektor telekomunikasi dijangka menguncup sedikit bagi tahun kewangan 2024
Pendapatan sektor telekomunikasi diunjur menguncup sedikit bagi tahun kewangan 2024 berikutan keuntungan yang lebih rendah dan persaingan sengit dalam pasaran mudah alih.
Untung bersih Malaysia Airports melonjak kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (tahun kewangan 2023) daripada RM187.20 juta pada tahun kewangan 2022 d
Keuntungan bersih Public Bank naik kepada RM6.65 bln bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan Public Bank bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 meningkat kepada RM6.65 bilion daripada RM6.12 bilion setahun lalu.
Keuntungan bersih Maybank meningkat 17.5 peratus kepada RM9.35 bilion pada tahun kewangan 2023
Maybank mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM9.35 bilion, peningkatan 17.5 peratus, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta.
Keuntungan bersih Takaful Malaysia tahun kewangan 2023 naik kepada RM346.91 juta
Perolehan menokok kepada RM3.45 bilion, didorong perolehan lebih tinggi yang diraih oleh perniagaan takaful keluarga dan takaful am.
TM untung bersih RM1.87 bilion pada 2023, melonjak 63.6 peratus
Hasil TM catat peningkatan kepada RM12.26 bilion pada 2023 berbanding RM12.1 tahun sebelumnya, didorong prestasi kukuh Unifi dan TM Global.
Bursa catat positif dalam dagangan awal
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.49 mata kepada 1,545.98 daripada 1,545.49 pada Khamis.
Untung bersih Maxis turun kepada RM993 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan bersih Maxis Bhd untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (TK2023) turun kepada RM993 juta daripada RM1.15 bilion pada TK2022.