SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur supaya sentiasa peka terhadap perubahan struktur tanah di kediaman mereka.
Ketua Bomba Zon Sibu Andy Alie berkata terdapat beberapa tanda awal yang boleh dikenal pasti iaitu keretakan pagar, dinding dan tiang rumah; pokok condong atau beralih; terdapat tanda hakisan atau rekahan pada cerun atau lereng bukit dan terdapat air keluar dari permukaan tanah.
Tanda awal lain katanya adalah berlakunya kebocoran atau saluran paip air pecah; rekahan pada tanah atau asas rumah; pokok tumbang menunjukkan akar tidak lagi mencengkam tanah dan retakan atau pergerakan pada permukaan jalan raya.
"Sekiranya penduduk melihat tanda-tanda awal tersebut, sila lapor segera kepada pihak berkuasa dan Jabatan Kerja Raya untuk tindakan lanjut. Penduduk juga perlu sentiasa membuat pemantauan cerun-cerun di kawasan rumah panjang dan kediaman.
"Pada masa sama penduduk hendaklah sentiasa peka kepada keadaan cuaca hujan lebat atau hujan berterusan melebihi dua jam khasnya di kawasan lereng bukit atau di kaki bukit atau kawasan yang terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur," katanya kepada Bernama.
Andy berkata penduduk kawasan terjejas turut diingatkan untuk tidak menghampiri lokasi tanah runtuh dan berpindah segera jika berlakunya tanah runtuh serta menjauhi benteng, pokok, tiang atau apa sahaja peralatan infrastruktur yang berkaitan elektrik.
Isnin lepas dilaporkan tiga buah rumah panjang di Nanga Mukeh, Katibas dalam daerah Song iaitu Rumah Kutak Mugang sepanjang 19 pintu, Rumah Matahari (14 pintu) dan Rumah Monica Nyanggau (19 pintu) terjejas akibat kejadian tanah runtuh.
Akibat bencana itu panel solar berhampiran Rumah Kutak terbakar namun berjaya dipadamkan penduduk dan berlakunya limpahan air ke sebuah rumah sekali gus menyebabkan banjir lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
JBPM mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur supaya sentiasa peka terhadap perubahan struktur tanah di kediaman mereka. - Gambar hiasan/JKR
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.
Pembakaran sengaja punca kebakaran terbuka tujuh lokasi di Sabah
Pembakaran sengaja oleh pemilik ladang dan kebun dipercayai punca berlakunya kejadian kebakaran terbuka di tujuh lokasi di Sabah pada masa ini.
Penduduk perlu peka tanda-tanda awal tanah runtuh - JBPM
JBPM mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur supaya sentiasa peka.
Remaja hilang ketika mandi di Sungai Ketil ditemukan lemas
Remaja yang hilang ketika mandi bersama lapan rakannya di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Baling, ditemukan lemas.
JBPM diarah periksa 410,000 pili bomba seluruh negara
JBPM diarah melakukan operasi besar-besaran untuk memeriksa dan memastikan pili bomba di seluruh negara berada dalam keadaan baik.
Pasukan khas akan ditubuh periksa peralatan keselamatan setiap bangunan - KP Bomba
Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan bagi memeriksa peralatan keselamatan yang dipasang di setiap bangunan agar berfungsi dengan baik.
Polis sahkan kejadian pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang
Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, di Klang pada Selasa.
Tiga remaja lemas: Mangsa kedua ditemui tersangkut pada jaring nelayan
Mayat mangsa kedua daripada tiga remaja yang dikhuatiri hilang di Sungai Sempit di Pantai Remis, Perak pada petang Isnin ditemui.