JELI: Penerbitan Subnasional Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan hasil dapatan Banci Malaysia 2020 bagi daerah pentadbiran yang dilancarkan hari ini bertujuan memaparkan statistik ekonomi dan sosial yang komprehensif di peringkat DUN.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penerbitan ini merupakan rujukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan berkenaan mengenai maklumat Banci 2020 dari peringkat nasional sehingga kawasan terkecil yang menyeluruh.
Katanya, statistik Subnasional DUN diterbitkan buat pertama kalinya untuk semua 600 DUN di negara ini meliputi 12 statistik sosioekonomi antaranya penduduk, perumahan, tenaga buruh, pendapatan isi rumah dan kemudahan asas.
"Melalui maklumat di peringkat terperinci ini, kita dapat mengetahui tahap sosioekonomi sesuatu kawasan dan kemudahan perkhidmatan dan fasiliti awam disediakan yang harus memenuhi keperluan penduduk setempat.
"Justeru, penerbitan Statistik Subnasional DUN ini merupakan rujukan penting kepada pihak berkepentingan dan pembuat dasar sebagai input kepada pelaksanaan keputusan, pemantauan dan penilaian keberkesanan program pembangunan negara serta penyelidikan di peringkat negeri, daerah pentadbiran, Parlimen dan DUN," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Penerbitan Statistik Subnasional DUN dan Penerbitan Utama Banci Malaysia 2020 peringkat Daerah Pentadbiran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jeli, di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya Banci Malaysia 2020 Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata statistik yang disediakan dapat membantu dan memberi maklumat awal kepada ADUN untuk merancang strategi yang bersesuaian bagi menjamin dan memberikan perkhidmatan yang terbaik di kawasan masing-masing.
"DUN N.49 Kota Iskandar, Johor mempunyai bilangan penduduk dan tempat kediaman tertinggi iaitu masing-masing 310,000 orang dan 128,007 unit tempat kediaman, diikuti N.40 Kota Anggerik, Selangor berada di kedudukan kedua tertinggi dengan mencatatkan seramai 293,000 penduduk dengan 87,947 isi rumah dan 87,526 unit tempat kediaman.
"Oleh itu, bagi melengkapkan penemuan ini, kerajaan negeri juga dapat menggunakan data yang dikeluarkan sehingga peringkat jajahan dan mukim bagi mentadbir urus negeri dengan lebih cekap," katanya.
Beliau berkata peningkatan kecekapan perancangan dan pengurusan sumber melalui statistik hingga peringkat daerah pentadbiran, Parlimen dan DUN dapat mengukuhkan ekonomi negara, pembangunan sosial serta kesejahteraan rakyat dengan lebih berkesan dan bermanfaat.
"Semoga melalui ketersediaan data hingga peringkat terkecil ini dapat dimanfaatkan untuk merancang dan memantau dasar awam setempat dengan lebih kejat atau teguh, supaya hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022
Mustapa bergambar bersama hadirin pada majlis Pelancaran Penerbitan Statistik Subnasional DUN dan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 daerah pentadbiran di MRSM Jeli hari ini. -- fotoBERNAMA
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik - Mustapa
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Impak penyusutan ringgit kepada bayaran hutang langsung kerajaan adalah kecil
Mustapa berkata kebanyakan hutang kerajaan adalah dalam nilai mata wang ringgit, khususnya Bil Perbendaharaan dan Sekuriti kerajaan.