NIBONG TEBAL: Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) kini sedang mempergiatkan usaha mempromosi program agro-desa Visit My Kampung, bagi menarik kedatangan pelancong dengan menjadikan inap desa sebagai destinasi pilihan.
Pengerusi PERDA Datuk Dr Shaik Hussein Mydin berkata menerusi program itu, para pelancong akan berpeluang merasai sendiri suasana kampung serta melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti, selain merasai aneka juadah makanan tradisi yang mungkin tidak ada di tempat mereka.
Beliau berkata selain merancakkan kembali sektor pelancongan, program tersebut juga membuka peluang kepada penduduk menjana ekonomi setempat, menerusi pakej dan produk pelancongan yang ditawarkan.
"Sektor pelancongan domestik sangat menggalakkan selepas pandemik COVID-19 dan Pulau Pinang menjadi salah satu pusat tumpuan pelancongan domestik, justeru, pihak inap desa perlu lebih proaktif dalam mengambil peluang daripada limpahan pelancong, untuk mempromosikan pakej yang disediakan.
"Bagi menjayakan program ini, PERDA telah menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), untuk mendedahkan kepada pelancong luar bahawa Pulau Pinang bukan saja mempunyai bandar tetapi juga kampung," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Visit My Kampung Homestay Sungai Duri @PERDA di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Duri di sini semalam.
Hadir sama Pengurus Besar PERDA Mohd Asri Baharum dan Pengarah MOTAC Pulau Pinang Dr Annuar Mohamed.
Shaik Hussein berkata PERDA turut mendapat sokongan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk meneruskan program ini dan lebih bermakna lagi, apabila program 'Visit My Kampung' telah disenaraikan dalam kalendar pelancongan MOTAC tahun ini dan sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan.
Sementara itu, Mohd Asri berkata program 'Visit My Kampung' telah dicetuskan pada 2022 yang dimulakan dengan Homestay Pulau Betong, Balik Pulau bertemakan #maimakandurian dan diteruskan di Homestay Kota Aur, Kepala Batas dengan tema #maitengokkampung.
"Visit My Kampung Homestay Sungai Setar @PERDA merupakan program ketiga dengan pelbagai aktiviti dilaksanakan mengikut kelebihan inap desa masing-masing dan Visit My Kampung Homestay Sungai Duri@PERDA pada hari ini adalah yang keempat dilaksanakan di bawah program 'Visit My Kampung', bertemakan #karnivalmaiberaya," katanya.
Mohd Asri berkata setakat ini terdapat 10 buah kampung di seluruh Pulau Pinang yang berdaftar di bawah MOTAC, telah melaksanakan aktiviti pelancongan inap desa ini dengan kehadiran 106,088 pelancong dicatatkan pada tahun lepas.
"Pada 3 Mac lepas kita telah laksanakan program Visit My Kampung Homestay Sungai Setar @PERDA dan kesannya program itu telah menerima limpahan tempahan dengan dua program yang terbesar ialah program anak angkat pelajar universiti seluruh Malaysia, membabitkan 60 orang peserta pada 26 hingga 28 April ini dan Temasya Bendang anjuran Persatuan Homestay Malaysia yang akan diadakan dari 2 hingga 4 Ogos depan, selain syarikat televisyen yang berminat melakukan rakaman program pelancongan di sini," katanya.
Dalam pada itu, Annuar berkata MOTAC akan membantu PERDA mempromosikan inap desa yang telah didaftarkan di bawah kementerian itu, bagi menggalakkan kedatangan pelancong.
"Kita ada beberapa peruntukan di bawah Program Pembangunan Industri dan salah satunya adalah inap desa. Justeru, kita amat mengalu-galukan mana-mana agensi untuk berkolaborasi dengan MOTAC bagi mempromosikan pelancongan agro-desa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Pelancong asing menunjukkan kemahiran membuat roti jala pada Program Visit My Kampung Homestay Sungai Duri @ PERDA di Nibong Tebal semalam. -- fotoBERNAMA
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat.
Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.
PM Singapura Lee Hsien Loong serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Kerajaan lulus pemberian vaksin D-TaP kepada ibu mengandung akhir tahun ini
Kerajaan meluluskan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi difteria-tetanus-pertussis (D-TaP) kepada ibu mengandung bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pendaftaran dalam talian dan fi diperkenalkan atasi kesesakan di Gunung Fuji
Wilayah itu menerima maksimum 4,000 pendaki sehari, 3,000 slot disediakan untuk tempahan secara dalam talian.
Serangan Israel keatas Palestin keterlaluan - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata serangan yang dilancarkan oleh Israel keatas Palestin sejak 7 Oktober lalu adalah keterlaluan.
Ada cubaan bawa kembali Resolusi Pemisahan Palestin 1947 oleh Israel - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor berpandangan ada cubaan oleh Israel dan sekutunya untuk membentangkan kembali Resolusi 181(ii) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai asas sempadan antara Palestin dan Israel. Jelasnya, Amerika Syarikat dilihat cenderung kepada idea ini dengan menghalang usaha untuk mengiktiraf Palestin sebagai anggota penuh PBB yang sedang berlangsung. #AgendaAWANI
Tetingkap tunggal MYStartup lengkapkan ekosistem syarikat pemula tempatan - Lih Kang
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata portal MYStartup yang dilancarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan tetingkap tunggal untuk semua penyelesaian mengenai syarikat pemula di Malaysia. Jelasnya, laman tersebut melengkapkan ekosistem syarikat pemula tempatan dengan menghimpunkan pengasas syarikat, pelabur dan bakat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). #AgendaAWANI
Lebih banyak sekutu AS di Asia Barat, Afrika membawa haluan sendiri - Pakar
Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Aminurraashid Yatiban berkata lebih banyak negara-negara yang dikenali sebagai sekutu rapat Amerika Syarikat di Asia Barat dan Afrika yang menjauhkan diri dari negara kuasa besar itu. Jelasnya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir mula membentuk pendirian sendiri yang secara tidak langsung menggagalkan usaha penolakan Amerika Syarikat terhadap Palestin di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). #AgendaAWANI
Sherpa Kami Rita pecah rekod sendiri dengan pendakian Everest buat kali ke-29
Kami Rita Sherpa, telah berjaya mendaki puncak Gunung Everest buat kali ke-29, memecahkan rekodnya sendiri sebagai pendaki yang paling kerap menawan puncak gunung tertinggi di dunia.
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC juga telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluas radius liputan Internet sedia ada di sekitar pulau tersebut.
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.
Landskap pelancongan Labuan alami peremajaan untuk tingkat daya tarikan
Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk mengukuhkannya.