Amanah tidak memerlukan manifesto untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 kerana hanya mempunyai 13 orang calon sahaja.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, paling penting bagi mereka adalah tawaran menyelesaikan isu yang didakwa masih membelenggu kehidupan masyarakat di Sarawak.
Katanya, kehadiran mereka ke Sarawak sendiri untuk menjadi pembangkang yang kuat sekali gus dapat menjadi parti yang memantau ketirisan selain terlibat dalam proses semak imbang kerajaan negeri.
"Kita hanya menampilkan 13 calon sahaja, jadi tidak perlulah manifesto. Kita menggunakan isu yang ada untuk menyedarkan masyarakat tentang kesalahan kerajaan negeri yang tidak selesai sejak sekian lama," katanya semasa sidang media pertama di markasnya di sini hari ini.
Amanah Sarawak menampilkan 13 calon selain menjadi parti pertama di Malaysia memperkenalkan calon dari golongan orang kelainan upaya (OKU) pada PRN11.
Calon tersebut merupakan aktivis hak asasi manusia, Rapelson Richard Hamit, yang akan menentang calon BN dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Mohd Naroden Majais di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N26 Gedong.
Selain Rapelson, AMANAH turut mengumumkan 12 calon lain iaitu Mohammad Fidzuan Zaidi (Demak Laut), Nani Sahari (Samariang), Abang Abdul Halil Abang Naili (Muara Tuang), Othman Mustapha (Sadong Jaya), Andrew Jain (Sebuyau), Andri Zulkarnaen Hamden (Beting Maro), Jini Sahini (Kabong), Sopian Julaihi (Kuala Rajang), Mohamad Fadilah Sabali (Semop), Ibrahim Bayau (Daro), Kiprawi Suhaili (Jemoreng) dan Nurzaiti Hamdan (Balingian).
Dalam pada itu kata Salahuddin, Amanah turut mengharapkan liputan yang adil daripada semua wakil media.
"Tanpa media yang adil, mustahil untuk kita mendapat satu pilihan raya yang adil," jelasnya.
Sementara itu, Salahuddin mengakui tidak boleh menerima keengganan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem untuk menjawab isu-isu nasional.
"Sarawak juga merupakan satu negeri di dalam Malaysia, jadi mengapa Adenan tidak mahu dibangkitkan dengan isu nasional.
"Mengapa dia menolak isu nasional seperti 1MDB, ini masalah negara. Sarawak perlu juga terima tempias masalah Semenanjung," ujarnya.
Sebelum ini Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilaporkan dihalang memasuki Sarawak.
Menurut Sekretariat Komunikasi parti itu, tindakan itu adalah atas arahan Pejabat Ketua Menteri.
Proses pembuangan undi bakal berlangsung 7 Mei ini dengan 80 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak menjadi rebutan.
Wan Syamsul Amly
Wed Apr 27 2016
SALAHUDDIN: "Kita hanya menampilkan 13 calon sahaja, jadi tidak perlulah manifesto. - Foto Astro AWANI / Wan Syamsul Amly
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.