Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa perjanjian usaha sama (JV) antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Aabar Investment PJS dilakukan secara tergesa-gesa kerana diarahkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata walaupun lebih wajar menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) terlebih dahulu sebelum memeterai perjanjian JV, tindakan itu tidak perlu kerana perincian mengenai perjanjian berkenaan telah dikemukakan PMO.
"Saya diberitahu oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Allahyarham Datuk Azlin Alias bahawa amat penting untuk menyiapkan perjanjian JV sebelum lawatan Putera Mahkota Abu Dhabi ke Malaysia, oleh itu ia perlu dilakukan sebelum lawatannya.
"Saya ingat ada emel yang dihantar oleh Azlin, yang memajukan salinan emel daripada usahawan Abu Dhabi, Khaldoon Khalifa Al-Mubarak yang menyatakan syarat JV. Ia dihantar pada akhir 2012 atau awal 2013. Saya menganggapnya dengan niat baik bahawa ini adalah inisiatif kerajaan dengan kerajaan (G2G),” kata saksi pendakwaan kesembilan itu.
Beliau berkata demikian dalam pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed pada perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.
Shahrol Azral menjelaskan lagi bahawa bukan ideanya untuk menetapkan garis masa perjanjian JV itu kerana ia dikendalikan sepenuhnya oleh penasihat undang-undang 1MDB, Jasmine Loo dan pada masa yang sama diajukan oleh PMO.
"Arahan (untuk memuktamadkan perjanjian JV) adalah daripada PMO melalui arahan dan perkara yang akan dicakap daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
"Antara perkara yang dimuktamadkan dalam perjanjian itu ialah 1MDB dan Aabar masing-masing perlu menyuntik RM3 bilion sebelum pengarah syarikat JV dapat dilantik," katanya.
Pengumpulan dana untuk JV merupakan sebahagian daripada syarat perjanjian tanah dalam pembangunan Kuala Lumpur International Financial District (kini dikenali sebagai TRX) antara Aabar dan 1MDB.
Wan Aizuddin kemudian membangkitkan isu berkaitan perjanjian tersebut, walaupun semua dokumen yang berkaitan dengan JV telah dimuktamadkan, perjanjian tersebut tidak pernah direalisasikan hingga 2014.
Wan Aizuddin: Apa lagi kekurangan JV sehingga syarikat JV masih menunggu untuk melaksanakan pembangunan?
Shahrol Azral: Kami menunggu petunjuk serupa daripada Aabar bahawa mereka telah menyuntik RM3 bilion.
Wan Aizuddin: Jadi tidak ada pengesahan bahawa Aabar telah menyuntik RM3 bilion di pihak mereka?
Shahrol Azral: Tidak dan syarat perjanjian tidak pernah dikaji semula.
Wan Aizuddin: Apa yang anda tahu mengenai RM3 bilion (dari pihak 1MBD) yang telah dikumpulkan untuk tujuan JV?
Shahrol Azral: Apa yang saya ingat, ia disimpan dalam akaun 1Malaysia Development Berhad Global Investment Limited (1MDB GIL) dan dikendalikan dalam akaun pengurusan tunai yang menjana pulangan pendapatan sementara kami menunggu JV dimuktamadkan.
Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang membabitkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 1 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020
Shahrol Azral berkata demikian dalam pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed pada perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Tumpuan Rabu - 08 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Umat Islam perlu punyai satu iltizam, berganding pertahan agama Islam - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menitahkan semua umat Islam supaya mempunyai satu iltizam untuk bersama-sama merapatkan saf dan bergandingan mempertahankan agama.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.