BUKIT MERTAJAM: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menghidap autisme mengalami kecederaan di telinga, didakwa didera seorang guru dalam kejadian di sebuah sekolah di Seberang Jaya di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu yang turut tular di media sosial.
"Ekoran daripada kejadian itu yang berlaku pada 19 Julai lepas, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut di Balai Polis Seberang Jaya...kejadian berlaku di sekolah pendidikan khas kira-kira pukul 9.30 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian disyaki berlaku semasa mangsa dikatakan bertindak agresif di dalam kelas sehingga menyebabkan beberapa pelajar lain takut dan menangis.
Tan berkata akibat tindakan kanak-kanak itu, seorang guru wanita berumur 30-an telah datang dan memegang kedua-dua belah telinga mangsa untuk menenangkannya.
Katanya, perbuatan suspek itu telah menyebabkan kanak-kanak tersebut mendapat kesan lebam pada dua-dua belah telinga dan mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan kejadian tersebut kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan dan kegelisahan kepada masyarakat setempat," katanya.
Terdahulu, dalam satu hantaran di Facebook, ibu kepada kanak-kanak berkenaan mendakwa anaknya didera di sekolah oleh seorang guru sehingga meninggalkan kesan lebam teruk pada kedua-dua belah telinganya kerana dikatakan aktif di dalam kelas.
Wanita itu turut memuat naik dua keping gambar menunjukkan telinga kanak-kanak itu yang berwarna kebiruan-biruan sebagai bukti kepada dakwaannya itu dan selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan kesan lebam itu berpunca daripada penderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022
Perbuatan suspek itu telah menyebabkan kanak-kanak tersebut mendapat kesan lebam pada dua-dua belah telinga dan mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam. - Gambar hiasan
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Dua pengasuh ditahan dipercayai dera bayi autistik 11 bulan
Polis menahan dua pengasuh sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Semenyih, di sini kerana dipercayai mendera seorang bayi autistik berusia 11 bulan.
Kanak-kanak mati disyaki didera: Ibu, teman lelaki direman hingga Ahad
Seorang wanita dan teman lelakinya yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak berusia 9 tahun di Taman Panglima, Asaam Kumbang, Taiping Ahad lepas direman selama tujuh hari.
Lokman maut akibat dipukul objek keras - Ketua Polis Johor
Katanya, hentakan tersebut menyebabkan kecederaan serius sehingga membawa maut.
Polis buka kertas siasatan kes kanak-kanak autistik lebam di telinga
Mangsa didakwa didera seorang guru dalam kejadian di sebuah sekolah di Seberang Jaya baru-baru ini.
Kes dera: Adik mangsa disyaki turut terima nasib sama
Mangsa diselamatkan dari sebuah rumah di Desa Pengkalan Bandaraya, Ipoh, malam tadi.
Budak lemas dalam tong, pasangan suami isteri didakwa esok - Polis
Kedua-dua suspek itu dijangka akan didakwa atas dua pertuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak malang itu.
Budak lemas dalam tong: Bapa tiri pernah didakwa kes pukul isteri - Polis
Suspek pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada 8 September tahun lalu.
Kerajaan akan segerakan pengambilan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak - Rina Harun
Kerajaan akan menyegerakan pertambahan pengambilan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak dan Pegawai Akhlak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
JKM ambil hak jagaan sementara dua adik kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera
JKM Melaka akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua beradik berkenaan.
Ayah tiri 'Adik' asyik minta maaf - Kakak angkat
Permohonan maaf lelaki berkenaan diungkapkan ketika mereka bertemu pada proses pengecaman mayat jenazah kanak-kanak malang itu di Hospital Melaka hari ini.